ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boleh berkonvoi di Perak tapi dengan kebenaran MKN dan PDRM

Berita Tempatan

Views

Aktiviti konvoi berkenderaan dibenarkan dilaksanakan di Perak terutama bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Harian Metro, Pengarah MKN Perak, Khairul Ridzuan Mat Said berkata, ia bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 susulan penguatkuasaan Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) sentiasa dipatuhi sepanjang aktiviti itu diadakan.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Katanya, kebenaran dipohon itu turut bertujuan memastikan aktiviti berlangsung dalam keadaan terkawal selain mengetahui lokasi dan tujuan sebenar pergerakan dibuat. Jelas beliau, agak sukar untuk menjaga penjarakan fizikal semasa berkumpul beramai-beramai seperti aktiviti konvoi.

Jadi, individu yang bertujuan membuat konvoi dan sebagainya, perlu mendapatkan kebenaran MKN dan PDRM. Tambahnya, membuat majlis sebegini akan menjadi kesalahan jika tidak mengikut protokol tertentu digariskan dan ia akan jadi satu amalan seterusnya membuka ruang seolah-olah tiada SOP diamalkan.

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Bersama 30 Warga Media Negeri Perak 2021 di perkarangan Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Jalan Raja Musa Mahadi, di Ipoh, hari ini.

Beliau mengulas kemungkinan timbul pertikaian daripada pihak tertentu termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang dihalang daripada melaksanakan konvoi sempena Hari Kemerdekaan ke-64, pada ketika beberapa pihak khususnya jabatan kerajaan dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti sedemikian.

Turut hadir Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perak, Hasan Ashaari Abu Bakar. Beliau berkata, setakat ini rata-rata permohonan bagi aktiviti konvoi dan perkumpulan sempena Hari Kemerdekaan diterima daripada agensi kerajaan, namun tidak secara terperinci menyebutkan jumlahnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit BSKM Perak

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply