ARKIB

KATEGORI

Buletin

Boon Siew Honda acah foto model baharu November nanti, skuter Vario150 eSP ke tu?

Berita Tempatan

Views

Beberapa hari yang lalu, laman Facebook rasmi Honda Motorcycle Malaysia mula mengacah satu foto yang memaparkan kelibat sebuah motosikal yang sengaja digelapkan.

Hanya di bahagian lampu sahaja yang didedahkan dan ia mula menjadi bahan ‘membawang’ warganet di ruangan komen.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Dengan kapsyen “Sesuatu Yang Menarik Akan Datang November 2022”, imbasan siluet model itu kelihatan seperti model skuter Honda Vario 150 eSP.

Jika tekaan ini tepat, bermakna negara kita agak ketinggalan kerana model ini telah pun dilancarkan ke pasaran Indonesia pada 2015. Ia turut dikenali sebagai Honda Click150i di Filipina dan telah dilancarkan pada 2017.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet agak kecewa dan hairan dengan strategi pemasaran Boon Siew Honda (BSH) membawa masuk model yang telah lapuk.

Mereka turut berharap akan ada model lebih terkini akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia kelak. Apa pun, kita tunggu pelancaran rasmi model ini pada bulan November nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply