ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pandai buat ramalan perlawanan bola sepak? TREVO nak berikan anda gelaran ‘The Football Guru’ dan hadiah bernilai RM10k!

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan ketibaan Piala Dunia 2022 di Qatar, TREVO menjemput para peminat sukan bola sepak berusia 21 tahun ke atas untuk menyertai peraduan yang berkonsepkan Tempah & Menang.

Dengan setiap tempahan, pelanggan TREVO boleh mengambil bahagian dengan membuat ramalan terhadap perlawanan yang bakal berlangsung dan berpeluang menerima gelaran ‘The Football Guru’ serta membawa pulang Hadiah Utama bernilai RM10,000 atau salah satu daripada 20 hadiah sagu hatiFootball Pundit’ bernilai RM200 setiap satu.

Macam mana nak sertainya?

Anda hanya perlu membuat tempatan TREVO bermula dari 23 September sehingga 20 November 2022. Setelah melengkapkan tempahan, anda akan menerima notifikasi untuk membuat satu ramalan perlawanan bola sepak.

 

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Hanya tempahan dengan nilai minimum RM250 berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Setiap penyertaan yang layak dengan ramalan yang tepat akan diberikan mata yang akan menyumbang kepada kedudukan pada papan mata.

Kesemua ramalan yang dibuat akan direkodkan dalam laman mikro kempen bagi memaparkan trend semasa. Selepas membuat ramalan dan jika layak untuk memenangi hadiah, anda akan menerima satu e-mel daripada TREVO dalam masa tiga hari.

Ini bagi mengesahkan ramalan anda dan menawarkan kod promosi baharu bagi membantu tempahan anda yang seterusnya. Lebih banyak tempahan, lebih banyak peluang untuk menang!

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Bermula 21 November 2022 nanti, para peserta boleh menyemak papan mata di laman mikro kempen untuk mengetahui sama ada mereka adalah di antara 21 peserta utama yang bersaing untuk meraih hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

Hadiah yang ditawarkan

Pemenang Hadiah Utama akan menerima gelaran The Football Guru dan bakal membawa pulang bernilai RM10,000 yang terdiri daripada kredit e-dompet Touch n’ Go sebanyak RM5,000, kredit e-dompet TREVO sebanyak RM2,000 dan Petron Miles Points bernilai RM3,000.

20 peserta lain juga berpeluang mendapat gelaran ‘Football Pundit’ dan membawa pulang hadiah sagu hati bernilai RM200 setiap satu, yang merangkumi kredit e-dompet TREVO sebanyak RM100 dan Petron Miles Points sebanyak RM100.

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat pertandingan, layari laman https://trevo.my/stories/score-great-moments-with-trevo/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply