ARKIB

KATEGORI

Buletin

EPMB dan SAEAN meterai MoA untuk hasilkan EV segmen A pemasangan tempatan

Berita Tempatan

Views

EP Manufacturing Berhad (EPMB) telah memeterai Memorandum Kerjasama (MoA) dengan SAEAN Group Inc (SAEAN) yang berpangkalan di California.

Menurut KOSMO! ONLINE, kerjasama tersebut bertujuan untuk membangunkan dan mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) bagi segmen A iaitu kereta elektrik empat tempat duduk lima pintu.

Pakatan strategik itu juga mungkin mendorong kedua entiti tersebut meneroka dalam pembuatan EV industri berat untuk sektor pembinaan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, di bawah perkongsian tersebut, SAEAN akan menawarkan pengetahuan teknikal dan reka bentuk untuk EV selain dibangunkan bersama EPMB.

Ujar beliau, pihaknya menyasarkan untuk mengeluarkan secara besar-besaran sebanyak 20,000 EV setahun untuk pasaran Asia Tenggara, sekali gus menandakan penerokaan EPMB dalam pembuatan EV.

Ini adalah satu lagi peristiwa penting bagi EPMB, berikutan usaha berterusannya untuk mengeluarkan skuter elektrik dan menerokai perdagangan kredit karbon.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

SAEAN yang ditubuhkan pada tahun 2013 adalah peserta EV yang telah membangunkan kereta elektrik empat tempat duduk lima pintu segmen A dan banyak teknologi kenderaan elektrik yang lain.

Syarikat itu juga kini memiliki lebih 120 paten berkaitan EV dengan pusat penyelidikan dan pembangunannya di Korea Selatan.

EPMB bersedia untuk menjadi salah satu pengeluar EV tempatan pertama di Malaysia sebaik sahaja usaha sama dengan SAEAN ini dimulakan.

Pihaknya menyasarkan, melalui kerjasama ini, mereka boleh menggunakan lebih banyak sumber tempatan untuk menyokong pemasangan kenderaan tempatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply