ARKIB

KATEGORI

Tular

Buat aksi ‘wheelie’ naik Honda EX5, pasangan kekasih remaja ditahan

Tular

Views

Padah melakukan aksi berbahaya ‘wheelie‘ menaiki motosikal menyebabkan dua remaja ditahan pihak polis di Kuantan, hari ini.

Dalam video berdurasi 54 saat yang tular kelmarin menyaksikan seorang lelaki yang menunggang motosikal dengan membonceng seorang perempuan melakukan aksi mengangkat tayar hadapan di Jalan Chendor menghala ke Kemaman.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, bertindak atas maklumat daripada video berkenaan pihak polis berjaya mengesan kedua-dua suspek berusia 17 tahun kira-kira pukul 11.40 pagi ini.

Hasil semakan nombor pendaftaran motosikal dan siasatan pihak polis berjaya mengesan pemilik serta alamat lengkap penunggang motosikal dan menahan suspek lelaki dan teman wanitanya di hadapan rumah mereka iaitu di Kampung Balok dan Kampung Selamat di Kuantan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya hasil siasatan awal mendapati motosikal jenis Honda EX5 digunakan suspek dimiliki oleh ibunya yang bekerja sebagai buruh.

Katanya, siasatan mendapati suspek melakukan aksi berbahaya mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie‘ yang boleh membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Inforoadblock

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply