ARKIB

KATEGORI

Buletin

Elak babi melintas, lelaki cedera Nissan Urvan dipandunya terbalik

Berita Tempatan

Views

Gara-gara mengelak babi melintas, seorang lelaki cedera selepas van dipandunya terbabas di Kilometer 343 Jalan Kuala Lumpur ke Kota Bharu berhampiran Simpang Sungai Pasu dekat Raub pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, kemalangan melibatkan sebuah van jenis Nissan Urvan yang dipandu mangsa melanggar sebatang tiang elektrik.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Polis Daerah Raub, Superitenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, ketika kejadian kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila van terbabit dalam perjalanan untuk mengambil jemaah yang pulang daripada mengerjakan umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Apabila sampai di lokasi kejadian tiba-tiba seekor babi telah melintas dari kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu cuba mengelak sebelum terbabas ke kiri jalan dan melanggar sebatang tiang elektrik milik TNB lalu terbalik di tengah jalan.

Ketika kejadian, mangsa yang berusia 32 tahun itu memandu bersendirian dan hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala serta kerosakan pada kenderaan. Kes kini disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply