Polis menolak unsur mistik yang dikaitkan dengan insiden kanak-kanak belum bersekolah memandu kereta sehingga kemalangan di Langkawi.
Pihak berkuasa berkata kanak-kanak itu tahu beberapa teknik pemanduan, termasuk penggunaan injak pemecut dan gear, cara turunkan brek tangan dan mengundur kereta.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, kanak-kanak tersebut juga menunjukkan cara menghidupkan enjin dan dapat hidupkan enjin apabila diminta.
Tambah beliau, pihaknya menolak sebarang unsur mistik seperti mana yang ditularkan.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Bagaimanapun, katanya pemeriksaan kamera kereta mendapati pemanduannya tidak stabil dan memasuki lorong bertentangan dan terhuyung-hayang ke kiri dan ke kanan.
Sebelum ini tular video seorang budak enam tahun membawa adiknya yang berumur tiga tahun bersiar-siar menggunakan kereta di Langkawi.
Kereta itu terbabas dan melanggar sebatang tiang lampu setelah bergerak sejauh kira-kira 2.5 kilometer.
Tertanya-tanya bagaimana dia memandu kereta itu, timbul teori mistik yang mengaitkan insiden itu dengan lembaga yang dirujuk sebagai “Tok Wan” yang badannya panas dan berbulu.
Dakwaan itu muncul susulan pengedaran rakaman suara kanak-kanak lelaki tersebut di media sosial. Selain “tok wan”, nama “pak cik” dan “pak lang” turut disebut.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
“Bukan abang bawa, pak lang bawa pakcik bawa. Tok wan ajak pergi ‘main game‘,” kata seorang kanak-kanak, yang dikatakan terlibat dalam insiden itu.
Kesahihan rakaman itu dan pemilik suara itu bagaimanapun tidak dapat disahkan buat masa ini.
Menurut kanak-kanak itu, tok wan membawa kereta dengan seorang kanak-kanak duduk di ribanya, pak cik duduk di sebelah pemandu manakala pak lang pula di bahagian belakang.
Bagaimanapun bukan semua percaya dengan cerita itu. Mereka berhujah tidak mustahil budak berusia enam tahun boleh memandu kerana kereta.
“Mungkin kereta Vios baru, guna brek parkir elektronik,” kata seorang pengguna Twitter. – Malaysiakini
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI