ARKIB

KATEGORI

Info

SPEKULASI: Myvi generasi keempat (D01D) bakal tiba awal 2025, enjin 1.3 dan 1.5 liter termasuk varian hibrid?

Info

Views

Setelah lama bercuti, kini ejen perisik kami, Mat Bond kembali dengan membawakan satu berita terhangat berkenaan dengan Myvi generasi keempat.

Menurut Mat Bond, kod projek untuk Myvi serba baharu ini adalah D01D. Dikhabarkan Myvi (D01D) akan tiba pada awal tahun 2025 dan dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Ada tiga pilihan rangkaian kuasa ditawarkan, iaitu enjin 1.3 liter aspirasi alami (NA), 1.5 liter (NA) dan 1.5 liter hibrid.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ura-ura mengatakan Toyota dan Daihatsu sekali lagi ‘memberi mandat‘ kepada pereka anak tempatan di Perodua untuk menggayakan generasi baharu Myvi ini.

Difahamkan ia kini berada dalam fasa reka bentuk awal dan pembangunannya dijangka selesai pada penghujung tahun hadapan.

Myvi (D01D) juga akan mempunyai ‘dua kembar’, iaitu Toyota Yaris (hanya versi GR sahaja) dan juga Daihatsu Sirion.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Untuk tahun ini tiada lagi model baharu dari Perodua memandangkan mereka akan menumpukan kepada pengeluaran dan penghantaran terlebih dahulu.

Tahun depan Perodua akan mula sibuk dengan beberapa model seperti SUV kompak D66B , Ativa facelift dan juga Myvi (D01D).

Ativa facelift akan dilancarkan pada suku kedua (Q2) 2024 manakala D66B pula menyusul pada pertengahan tahun yang sama, iaitu sekitar bulan Jun.

Buat permulaan D66B akan ditawarkan dengan pilihan enjin 1.5 liter sahaja dan versi hibrid hanya akan tiba kemudian.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan (kredit foto asal Harian Metro)

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply