ARKIB

KATEGORI

Buletin

WTCA labur RM60 juta untuk projek CKD model GAC, GS3 serba baharu dilancar pada 2024

Berita Tempatan

Views

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), anak syarikat milik penuh Warisan TC Holdings Bhd melabur lebih RM60 juta untuk mengembang dan melonjak jenama Guangzhou Automobile Group (GAC), antara jenama automotif terkemuka dari China.

Pelaburan terbabit juga adalah untuk menaik taraf kilang pembuatan milik Tan Chong di Segambut bagi pemasangan tempatan model GAC Motor GS3 serba baharu serta mengembangkan kehadirannya di seluruh negara.

Suntikan pelaburan untuk projek pemasangan tempatan (CKD) itu juga adalah pelaburan untuk peralatan model khusus bagi memenuhi keperluan CKD model baharu dan keperluan standard GAC.

Projek CKD yang diumumkan kira-kira 18 bulan selepas WTCA dan GAC International memeterai perjanjian pengedaran, pelantikan WTCA sebagai pengedar tunggal dan eksklusif kenderaan GAC di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings, Tan Keng Meng, berkata dengan pengalaman dan suntikan pelaburan terbaharu itu, syarikat itu yakin dapat memenuhi jangkaan GAC.

Ujar beliau, GAC telah menetapkan standard yang sangat tinggi dalam industri automotif kerana mereka telah mendominasi tempat teratas dalam Tinjauan Kualiti Permulaan JD Power China selama lapan tahun berturut-turut.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Projek CKD terbabit adalah sebahagian daripada perkongsian komersil jangka panjang GAC Motor dan Kumpulan Tan Chong di rantau ASEAN.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, WTCA akan memperkenalkan inventori yang menarik dan komprehensif bagi model GAC MOTOR pemanduan sebelah kanan, termasuk kenderaan utiliti sukan (SUV), sedan dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Selain itu, semua model Global GAC Motor baharu akan dibangunkan serentak untuk pemanduan sebelah kanan dan kiri, memastikan pengguna Malaysia menerima model terkini pada kadar yang sama seperti pengguna global yang lain.

Mengulas lanjut, Keng Meng berkata, kerjasama CKD antara WTCA dan GAC adalah satu pencapaian penting bagi industri automotif Malaysia kerana projek CKD Malaysia adalah yang pertama untuk projek GAC di ASEAN.

Beliau berkata, WTCA juga merancang menggunakan pelaburan ini untuk menubuhkan lebih daripada 70 bilik pameran melalui persediaan cawangan dan pelantikan pengedar untuk meliputi seluruh negara.

Tambahnya, bilik pameran perdana GAC Motor Malaysia yang pertama akan berpangkalan di Seksyen 13 Petaling Jaya, yang dijangka siap pada suku ketiga 2023.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Sementara itu, Jun berkata, GAC yang sentiasa meletakkan keutamaan tertinggi dalam menghasilkan kereta berkualiti tinggi meletakkan keyakinan terhadap WTCA berdasarkan pengalaman luas dalam industri automotif.

GAC menjangkakan bahawa dengan pembangunan tiga hingga lima tahun, pengeluaran serta jualan akan mencecah 50,000 unit.

Bagi memenuhi sasaran ini, GAC akan terus menyelaraskan sumber dalaman dan luaran serta meningkatkan sokongan untuk pasaran Malaysia, mempercepatkan pelancaran model utama, menambah baik matriks model serta menyediakan produk kenderaan yang lebih pintar dan berkualiti tinggi untuk pengguna tempatan.

Dalam pada itu, WTCA akan memulakan pemasangan model pertama CKD, GAC Motor GS3 pada suku kedua tahun depan.

Model berkenaan hadir dengan enjin 1.5 Turbo Direct Injection generasi ketiga yang digandingkan dengan transmisi WDCT 7-kelajuan dengan daya kilas 270Nm pada 1,400 hingga 4,500rpm.

Dengan reka bentuk generasi akan datang dan sistem bantuan pemandu termaju tahap 2, model terbabit dijangka menarik minat pembeli di pasaran automotif tempatan.

WTCA berkata, butiran lanjut mengenai model berkenaan akan diumumkan dalam masa terdekat. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit GAC Motor Malaysia

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply