ARKIB

KATEGORI

Buletin

CARSOME Academy dan Sunway University jalin kerjasama bangunkan modul kemahiran insaniah untuk TVET

Berita Tempatan

Views

CARSOME Academy baru-baru ini telah menjalinkan kerjasama dengan Sunway University untuk membangunkan modul kemahiran insaniah (soft skills) untuk institusi latihan TVET dibawah program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Ini merupakan julung kalinya, sebuah institusi automotif dan Sunway University bekerjasama dalam membina sebuah kurikulum dalam talian untuk memberi manfaat kepada pelajar CARSOME Academy yang mengikuti kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Kurikulum ini mengandungi enam modul kemahiran insaniah iaitu modul asas dan modul pertengahan Bahasa Inggeris, Konsep Asas Kemahiran Komunikasi Teknologi Maklumat, Prinsip pengurusan serta kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ia memberi tumpuan untuk mempertingkatkan sifat peribadi graduan CARSOME Academy supaya mereka dapat berinteraksi dalam dunia sebenar dengan lebih berkesan semasa berada dalam persekitaran kerja yang kompleks.

Kurikulum akan disampaikan oleh fakulti CARSOME Academy dalam talian dan juga di dalam kelas secara bersemuka.

Pengasas Bersama CARSOME dan Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy, Jiun Ee Teoh berkata, kemahiran insaniah dan teknikal bakal meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET CARSOME Academy, sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan di industri.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Bagi Presiden Sunway Universiti, Profesor Sibrandes Poppema pula, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan CARSOME Academy dalam membangunkan modul kemahiran insaniah untuk pelajar institusi tersebut dan juga TVET.

Baru-baru ini, CARSOME Academy bersama Kerajaan Selangor mengumumkan biasiswa kepada pelajar yang berjaya diterima masuk ke institusi tersebut.

Biasiswa TVET Selangor Untuk Pelajar CARSOME Academy 2023 ditawarkan kepada belia Malaysia berumur antara 18 hingga 40 tahun yang dilahirkan di Selangor dan juga terbuka kepada penduduk negeri Selangor yang bermastautin di negeri ini sejak lima tahun lalu.

Biasiswa tersedia untuk 30 pelajar yang layak diterima masuk ke CARSOME Academy pada tahun 2023.
Untuk maklumat lanjut mengenai biasiswa ini, sila layari https://carsomeacademy.my/scholarship_2023/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply