ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tempahan Hyundai Creta kini dibuka, pelancaran dalam masa terdekat

Berita Tempatan

Views

Pencabar terbaharu dalam pasaran SUV segmen-B bakal tiba tak lama lagi! Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini secara rasminya membuka tempahan untuk model Hyundai Creta di kesemua outlet jualannya seluruh negara dan juga menerusi platform dalam talian, iaitu Cl!cktoBuy.

Menurut Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors untuk Malaysia, Jeffrey Gan, pihaknya berharap dapat memberi rakyat Malaysia lebih banyak pilihan dalam segmen SUV selepas Creta diperkenalkan tidak lama lagi.

Pengarah Urusan HSDM Low Yuan Lung berkata, Creta disasarkan untuk golongan muda dan yang ‘berjiwa muda’ menerusi reka bentuk kontemporari, teknologi ketersambungan dan ciri keselamatan aktif yang komprehensif.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Reka bentuk bahagian hadapan Creta menampilkan kemasan jeriji ‘Parametric Jewel‘, di mana lampu siang LED (DRL)nya ‘tersebunyi’ di antara jeriji tersebut.

Pada waktu malam, lampu DRL itu akan bergabung dengan lampu hadapan projektor LED pada bamparnya untuk menghasilkan ‘kesan visual yang mengujakan’.

Ruangan kabinnya pula sarat dengan pelbagai ciri teknologi bagi meningkatkan keselesaan, kemudahan dan pemanduan, antaranya kelompok LCD TFT 10.25 inci, unit inforia dengan skrin sentuh 8-inci dengan Android Auto dan Apple CarPlay nirwayar, dan pilihan empat mod pemanduan.

Dari aspek keselamatan, Creta didatangkan standard dengan enam beg udara dan Hyundai SmartSense yang merangkumi ciri seperti Bantuan Hindar Perlanggaran Hadapan dan Titik Buta, Bantuan Jaga Lorong, Bantuan Ikut Lorong, Amaran Kenderaan Di Hadapan, Bantuan Hindar Rempuhan Lintasan Belakang, Amaran Keluar Selamat dan Bantuan Pancaran Lampu Tinggi.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kesemua ini telah membolehkannya menerima penarafan keselamatan 5-Bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) yang dinilai di bawah protokol terkini ASEAN NCAP 2021-2025.

Creta dijana oleh enjin aspirasi alami (NA), Smartstream 1.5-liter petrol yang menghasilkan output sebanyak 115 PS dan 143.8 Nm daya kilas.

Di Indonesia, enjin ini disambungkan kepada transmisi enam-kelajuan manual, tetapi ada kemungkinan untuk pasaran Malaysia ia mungkin ditawarkan dengan transmisi CVT yang dikenali sebagai iVT.

Maklumat lanjut mengenai Creta akan didedahkan menjelang hari pelancarannya kelak.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply