ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga warga Malaysia, tiga kisah cinta, 60 tahun bersama MINI

Rencana

Views

MINI telah menjadi sebahagian daripada detik-detik bersejarah yang ikonik sepanjang enam dekad, dan ada antaranya yang telah menyentuh kehidupan warga Malaysia. Sempena sambutan Ulang Tahun MINI yang ke-60, MINI Malaysia meraikan tiga warga MINIacs yang mengisarkan kisah cinta pertama mereka bersama MINI.

Jenama kenderaan kompak premium yang ikonik ini telah memainkan peranan yang amat bermakna dalam hidup insan-insan tersebut, dan inilah kisah mereka.

Kelvin Kok

Artis pembuat tatu dan seorang suami, Kelvin mengimbau semula detik pertama beliau diperkenalkan kepada jentera MINI selepas mendengar slogan MINI ketika itu yang berbunyi: “Go with Your Gut.” Keesokan harinya, beliau berbuat demikian, beliau mendengar suara hatinya. Tiga tahun telah berlalu dan keluarga Kok merupakan pemilik MINI Clubman serta MINI Kensington tahun 1996 yang dibaik pulih.

Kelvin mengaku beliau telah jatuh cinta dengan deruman enjinnya yang berkuasa tinggi, serta keluarga besar yang beliau ketemui dalam komuniti yang terdiri daripada pemilik-pemilik jentera MINI; Kelvin menuntaskan kisahnya dengan mengaitkan salasilah MINI yang berusia berdekad lamanya dengan pepatah Mandarin yang klasik: “Jangan lupakan asal usul anda.”

JOM BACA >> Alam Perkasa Consortium tayang lakaran MIMCO Alif rekaan Giugiaro

Wan Muqarram Sidek (Mooq)

Mooq berdiri di hadapan jentera pikap klasik Austin MINI dan beliau menyingkap waktu yang diluangkan bersama mendiang bapanya untuk membaiki kereta itu yang hadir dengan sentuhannya tersendiri. Arwah bapanya telah berhasrat untuk mewarnakan kereta pertamanya warna Hijau ‘British Racing’ serta bernadikan enjin injeksi bertitik tunggal 1.3, menyusur dengan set roda lebar 13 inci, dan paling penting sekali, hadir dengan gril bermaterialkan kayu yang ‘sporty’.

Beliau juga menjadikan kata-kata bapanya sebagai pedoman, “Lelaki yang memiliki kelas akan menjaga kenderaan klasiknya dengan baik.” Mooq menamakan pikapnya, ‘Papa Mooqs’ dan bapanya sentiasa tersemat dalam ingatan beliau setiap kali Mooq memandu kenderaan tersebut.

Lee Siew Hon

Selain daripada elemen keseronokan dan kelincahan, resmi MINI juga menjadikannya sebuah jentera dambaan. Di mata Hon, itulah definisi kereta MINI GP kepunyaannya. Jentera kesayangan beliau tidak dibiarkan di rumah sahaja, Hon percaya bahawa kenderaan tersebut dicipta untuk dipandu dan beliau meluangkan masa bersama MINI tersebut sebanyak yang mungkin, sama ada untuk bersiar mahupun berulang alik dari tempat kerja.

Hon bukan sahaja menyukai prestasi MINI GP yang unik ini, beliau juga memandang tinggi asal usul jenama MINI dan kisah di sebaliknya yang menjadikan hubungan beliau dengan MINI kepunyaannya sebuah hubungan yang istimewa – seperti kisah cinta warga MINIacs yang lain di luar sana.

JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 bakal dilancar minggu depan

Tarikan MINI menjadikannya buah mulut, simbol keterujaan, dan sebuah karya abadi dalam sejarah automotif. 60 tahun membuktikan jiwa MINI semakin menebal dengan semangat permotoran yang unik di samping warga MINIacs di seluruh dunia.

Ingin kongsikan kisah cinta MINI anda? Berikan singkapan detik-detik peribadi anda bersama MINI dengan menitip tag laman rasmi Facebook atau Instagram milik MINI Malaysia, berserta tanda pagar #MINILOVESTORIES.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 ditemui sekitar kawasan pekan kecil
JOM BACA >> INTIP : Ke manakah destinasi Saga facelift berbungkus ini?
JOM BACA >> INTIP : Saga facelift varian Premium dikesan dari jarak dekat
JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply