ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yang Di-Pertuan Agong terima sebuah Proton X70

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu hantaran ringkas terbaharu di laman Facebook rasmi Proton, pada 16 Julai 2019 telah berlangsungnya majlis penyampaian sebuah Proton X70 kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah oleh pengurusan tertinggi Proton.

JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

Majlis yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur dihadiri oleh Pengerusi Proton, Datuk Sri Syed Faisal Albar dan beberapa Pengurusan Kanan Proton. DYMM Seri Paduka Baginda juga turut meluangkan masa melihat dengan lebih dekat Proton X70 berwarna Snow White itu bersama pengurusan Kanan Proton yang berada di sana.

JOM BACA >> Proton Wira generasi baharu dijelmakan semula secara manipulasi digital

Kami rasa ini merupakan hadiah daripada Proton bersempena dengan pertabalan Baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong yang ke-16 pada 31 Julai nanti. Sebelum ini Sultan Johor merupakan antara kerabat DiRaja yang menjadi pemilik terawal model SUV pertama Proton itu.

Daulat Tuanku!

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza
JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard
JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply