ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cawangan pengedar ketiga Proton di Kota Kinabalu dibuka secara rasmi

Berita Tempatan

Views

Sebuah lagi pusat 3S Proton dibuka di Kota Kinabalu baru-baru ini yang dimiliki oleh Shirba Auto World Sdn Bhd (Shirba Auto). Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Encik Yusri Bin Yusuf, Pengarah Kanan, Strategi Korporat, Proton.

Shirba Auto merupakan pengedar cawangan Proton ketiga dibuka di Kota Kinabalu dengan berkeluasan 2,259 meter persegi. Ia dilengkapi dengan 12 ruang servis, 6 pengangkat, ruangan menunggu yang selesa lengkap dengan kemudahan Wi-Fi percuma serta ruang tempat letak kereta yang banyak.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Setakat ini, Proton mempunyai sebanyak 104 buah cawangan 3S & 4S di seluruh negara, sekaligus menjadikannya syarikat kereta yang menawarkan perkhidmatan jualan dan servis di bawah satu bumbung terbanyak di Malaysia.

Pengarah Shirba Auto World Sdn Bhd Encik Ridzuan Datuk Hj Lassim berkata, prospek perniagaan Proton mempunyai harapan yang cerah di masa hadapan, terutama dengan adanya rangkaian model-model baharu. Tambahnya, Proton kini adalah sebuah syarikat yang mengujakan, bertaraf antarabangsa, maju kehadapan serta bersedia untuk menguasai pasaran.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata, ramai pihak membuat keputusan untuk melabur sebagai pengedar kerana mereka telah melihat perkembangan positif di dalam Proton. Persepsi terhadap jenama juga telah berubah dan ini dapat dibuktikan melalui peningkatan jualan.

Setakat pada tahun ini, jualan di Malaysia Timur meningkat sebanyak 31 peratus, manakala bagi Sabah, terdapat kenaikan sebanyak 39 peratus, berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Saga kekal menjadi model terlaris di negeri itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply