ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Icon – SUV dengan gaya unik dan ranggi

Berita Global

Views

Sangkaan kami model konsep Geely Icon adalah bayangan reka bentuk model Bo Yue generasi baharu ternyata meleset kerana ia telah dijelmakan sebagai model pengeluaran. Buat masa ini informasi mengenai model Icon agak terhad dan Geely hanya menyiarkan foto-foto rasminya sahaja tanpa sebarang perincian.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Icon dikatakan berkongsi pelantar B-segment Modular Architecture (BMA) yang turut dikongsi bersama dengan model Bin Yue/X50/Coolray. Menurut info dari CarNewsChina.com, dari segi dimensi Icon berukuran berukuran 4,350 mm panjang, 1,810 mm lebar dan 1,615 mm tinggi, manakala jarak antara gandarnya pula 2,640 mm.

Secara tidak langsung saiz model ini lebih besar berbanding Bin Yue/X50/Coolray yang mempunyai ukuran dimensi 4,330 mm (panjang), 1,800 mm (lebar), 1,609 mm (tinggi) dan 2,600 mm (jarak gandar). Apa yang menarik, sungguhpun rekaan model ini nampak futuristik dan canggih namun setakat ini hanya enjin petrol 1.5 turbo dengan 177 kuasa kuda sahaja yang sudah disahkan oleh Geely.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Tidak dipastikan sama ada Icon akan ditawarkan dengan pilihan penjana tenaga lain seperti hibrid atau elektrik. Menurut info itu lagi, Icon bakal dilancarkan ke pasaran China pada bulan Disember. Antara ciri-ciri menarik Icon adalah papan pemuka digital dengan paparan 10 inci dan juga skrin sentuh bersaiz 10 inci. Icon turut dilengkapi dengan sistem pembersihan udara automatik yang mampu menyingkirkan sehingga PM 2.5 partikel berbahaya dari udara.

Adakah model ini akan dijenamakan semula menjadi Proton pada masa akan datang? Nantikan info selanjutnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply