ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aerodyne Group sasar kontrak berkaitan dron lebih RM1 bilion – Kereta terbang sedang dipersiapkan

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, pemaju sistem pengangkutan udara tempatan, Aerodyne Group menjangka untuk memperoleh kontrak mencecah lebih RM1 bilion menerusi pelbagai projek berkaitan dron dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Aerodyne juga merupakan syarikat yang terbabit dalam pembangunan kereta terbang yang sudah pun menjalani ujian penerbangan di Jepun dan akan dibawa pulang ke negara ini dalam tempoh terdekat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasasnya, Kamarul A Muhamed, menerusi bidaan itu, syarikat akan terus membolehkan Aerodyne memperolehkan kedudukan lebih kukuh dalam pasaran penyedia perkhidmatan dron dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI). Katanya, bidaan kontrak itu untuk beberapa tahun akan datang dalam penyediaan perkhidmatan dron yang tertumpu kepada pasaran global dan tempatan.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Aerodyne juga akan terus meninjau lebih banyak bidaan kontrak akan dijalankan seiring dengan kehendak pasaran global. Mereka menyasarkan pendapatan kumpulan bagi projek global akan meningkat dalam tiga tahun akan datang, berbanding 30 peratus ketika ini. Tambahnya, peluang dalam penyediaan perkhidmatan dron besar dan banyak negara memerlukan perkhidmatan ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan Dron Global 2019 hari ini. Aerodyne yang bermula dengan hanya tiga pekerja pada 2014 kini beroperasi di lebih 25 negara seperti Amerika, Australia, India, Chile, Denmark, United Kingdom dan Rusia. Mengulas lanjut, Kamarul berkata, industri dron global dijangka bernilai lebih AS$25 bilion pada 2027 berbanding hanya AS$1 bilion pada 2019.

Beliau berkata, Asia Pasifik adalah pasaran yang merekodkan pertumbuhan memberangsangkan dengan penguasaan pasaran sebanyak 25 peratus. Ia mampu memberikan peluang yang besar kepada industri dron dan sebagai syarikat dron ketiga dunia, pihaknya optimis untuk memperolehi lebih banyak peluang.

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini

Tambahnya, bagi mengukuhkan kedudukan, mereka juga aktif melaksanakan sekurang-kurangnya lima pengambilalihan pada tahun ini. Selain itu, syarikat turut menyasarkan tawaran awam permulaan (IPO) sama ada di Malaysia atau luar negara dalam tempoh tiga tahun.

Katanya lagi, mereka masih lagi dalam peringkat kajian serta meninjau pasaran yang berpotensi untuk penyenaraian syarikat. Ketika ditanya mengenai prototaip mobiliti udara bandar (UAM) atau lebih dikenali sebagai ‘kereta terbang’, Kamarul berkata ia sedang dalam proses namun enggan mendedahkan secara terperinci mengenai status terkini projek itu.

Mereka akan memberikan maklumat terkini dalam masa terdekat. Buat masa ini, semuanya masih dalam proses. Ia adalah inovasi teknologi mobiliti baharu yang bakal terlaksana. Pada 16 Oktober lalu, Aerodyne mengumumkan satu pusingan pelaburan Siri B bernilai AS$30 juta (RM125.62 juta).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply