ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevrolet tak mahu lagi jadi penaja jersi Manchester United?

Berita Global

Views

Aksi ‘lemau’ pada musim ini sehingga menjadi bahan ‘ejekan’ di alam maya membuatkan Chevrolet semakin ‘tawar hati’ untuk meneruskan penajaan mereka dengan kelab Manchester United. Menurut portal sukan Semuanyabola, pengeluar kereta dari negara ‘Uncle Sam’ itu sebelum ini pernah tampil sebagai penaja terbesar jersi di dalam sejarah bola sepak menurut Forbes, dengan perjanjian selama tujuh tahun melibatkan nilai £400 juta.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Perjanjian yang dimeterai diantara Chevrolet dan Manchester United bermula pada 2012, dan akan berakhir pada penghujung musim ini. ‘Syaitan merah’ itu kini semakin ‘hilang taring’ dan merudum sejak persaraan pengurus tersohor mereka, Sir Alex Ferguson. Kini timbul desas-desus yang mengatakan Chevrolet sudah tidak berminat lagi untuk berunding bagi menyambung kontrak, apatah lagi menambah nilai tajaan sebelum ini.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Seorang jurucakap dari Chevrolet mula bersuara dan menganggap nilai tajaan tersebut sebagai ‘melampau (overpaid)’ dan tidak sepatutnya diterima oleh United. Walaubagaimanapun, Manchester United dikatakan tidak begitu risau dengan situasi tersebut. Ini bermakna, United harus memulakan misi pencarian penaja jersi baharu untuk musim 2021/22.

Pada hakikatnya ia mungkin sukar untuk mencari tajaan sama nilai seperti yang pernah ditawarkan oleh Chevrolet. Nampaknya, kelab yang mempunyai reputasi sebagai ‘jaguh pemasaran’ di dalam bola sepak Inggeris itu terpaksa menelan hakikat yang aksi longlai di atas padang telah mula memberikan impak negatif kepada ‘kantung kewangan’ mereka selama ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply