ARKIB

KATEGORI

Buletin

Belanjawan 2020 : Litar Antarabangsa Sepang dapat peruntukan RM37.5 juta

Berita Tempatan

Views

Mungkin berita ini bakal menceriakan peminat sukan permotoran tanah air. Sepang International Circuit Sdn Bhd bakal menerima peruntukan sebanyak RM37.5 juta dalam Belanjawan 2020. Malaysiakini melaporkan, peruntukan tersebut telah diletakkan di bawah perbelanjaan mengurus Kementerian Belia dan Sukan.

Litar yang siap pada 1999 itu merupakan salah satu daripada projek mega utama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semasa pentadbiran sebelumnya. Tiada peruntukan diberikan untuk litar tersebut pada pembentangan belanjawan 2019 dan 2018.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Litar ini pernah menganjurkan beberapa acara sukan permotoran terbesar seperti perlumbaan MotoGP dan F1, namun semasa pentadbiran kerajaan terdahulu (Barisan Nasional), mereka telah membuat keputusan untuk tidak lagi menganjurkan perlumbaan F1 pada 2018.

Menteri pelancongan dan kebudayaan Nazri Abdul Aziz pada ketika itu berkata, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM300 juta setahun untuk menganjurkan F1 namun tidak mendapat pulangan yang menguntungkan. Tun Dr Mahathir sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk melihat perlumbaan F1 kembali dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Sementara itu, Belanjawan 2020 turut memperuntukkan RM200 juta kepada Kementerian Kerja Raya untuk kerja-kerja penurapan jalan secara berperingkat sebagai sebahagian daripada penyelenggaraan jalan persekutuan di seluruh negara.

Penyelenggaraan jalan persekutuan di Malaya juga mempunyai peruntukan berasingan sebanyak RM280 juta, meningkat daripada RM80 juta tahun ini. Begitu juga peruntukan bagi penyelenggaraan jalan persekutuan di Sabah, Sarawak, dan Labuan yang telah dinaikkan dari RM20 juta kepada RM80 juta.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply