ARKIB

KATEGORI

Buletin

Chevron Malaysia Limited lancar program kesetiaan Caltex Rewards

Berita Tempatan

Views

Chevron Malaysia Limited (Chevron), pemasar jenama runcit Caltex di Malaysia, hari ini melancarkan program kesetiaan terbaharunya, Caltex Rewards.

Program ini membolehkan pelanggan mengisi minyak, membayar minyak, mengumpul mata dan menebus pelbagai ganjaran menarik dalam transaksi yang sama menerusi aplikasi CaltexGO.

Ia boleh digunakkan di semua stesen servis Caltex seluruh negara. Pengerusi Negara Chevron Malaysia Limited, Dean Gilbert, berkata Caltex Rewards membolehkan pemandu memperoleh mata setiap kali mengisi minyak tanpa mengira jumlahnya.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Tidak kira jika anda mengisi petrol bernilai RM5 atau RM105, anda layak menebus mata ganjaran tersebut dengan segera.

Tambah beliau, Caltex Rewards ialah program utama untuk memacu aspirasi pertumbuhan Chevron Malaysia Limited dan berhubung dengan pelanggan 24/7 di Malaysia.

Caltex Rewards juga menawarkan pengalaman pengguna yang lancar, sama ada melalui aplikasi mudah alih CaltexGO, laman sesawang atau di kedai, serta mata ganjaran khas menerusi rakan kongsinya seperti FamilyMart, Lotus’s dan Grab.

Selain itu, mata ganjaran boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun daripada pembelian bahan api. Ahli Caltex Rewards boleh memilih pelbagai jenis ganjaran daripada penebusan bahan api kepada e-baucar daripada rakan kongsi.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Katalog ganjaran boleh dirujuk menerusi aplikasi CaltexGO atau di laman sesawang Caltex. Anda boleh mendaftar untuk Caltex Rewards menerusi aplikasi mudah alih CaltexGO, laman sesawang Caltex atau di mana-mana stesen servis Caltex di Malaysia.

Ahli baharu yang mendaftar melalui laman sesawang atau aplikasi mudah alih akan menerima 500 mata alu-aluan (bernilai RM5) semasa pendaftaran.

Ahli kini boleh mengumpul mata lebih pantas dengan 2 mata Caltex Rewards untuk setiap 1 liter bahan api. Bonus hari jadi sebanyak 500 mata juga akan diberikan kepada semua ahli setiap tahun.

Muat turun aplikasi CaltexGO menerusi App Store (untuk pengguna iOS) dan Google Play Store (untuk pengguna Android).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply