ARKIB

KATEGORI

Buletin

Raikan ‘hari keluarga’ bersama Maxim E-hailing

Berita Tempatan

Views

Bersempena dengan ‘hari keluarga’ yang disambut di seluruh dunia, Maxim E-hailing menawarkan beberapa pilihan tarif kenderaan agar kesemua ahli keluarga dapat meluangkan masa dan merancang percutian ke luar negara bersama.

Keluarga merupakan segala-galanya, merekalah yang menyokong, memberi kebahagiaan dan berkongsi kasih sayang dari hari pertama hingga selamanya. Jadi, adalah satu penghormatan jika semuanya dapat meluangkan masa bersama.

Maxim E-hailing beroperasi di beberapa negara Asia seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan juga Vietnam. Pengguna kini boleh merancang percutian bersama keluarga dan nikmati perkhidmatan yang mesra pengguna.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Anda tidak perlu khuatir jika melancong ke negara yang bercakap bahasa lain, kerana Maxim E-hailing tersedia dalam pelbagai bahasa, cuma anda perlu memilih bahasa pada tetapan dan menggunakannya di mana-mana sahaja.

Lazimnya keluarga terdiri daripada beberapa orang. Oleh yang demikian mereka memerlukan ruang tambahan bagi memuatkan semua orang dalam satu kenderaan.

Maxim E-hailing turut menawarkan pilihan kenderaan MPV atau 6-tempat duduk di aplikasinya. Selain itu,  pengguna boleh memilih ekonomi, keselesaan atau mana-mana pilihan yang sesuai sekiranya datang dengan kumpulan yang lebih kecil.

Sebelum ini, sekumpulan keluarga telah menempah sebuah van mini untuk lawatan mereka ke Borneo dengan Maxim E-hailing.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Mereka menghantar mesej melalui aplikasi, menghubungi salah seorang pemandu rakan kongsi dan berjaya mendapatkan kenderaan yang boleh memuatkan seluruh keluarga.

Ini menjadikan percutian mereka lebih mudah, apabila mereka boleh mengatur segala-galanya dengan hanya satu aplikasi, terutamanya pengangkutan.

Maxim E-hailing ini mengucapkan selamat Hari Keluarga kepada semua, di samping pengguna boleh membuat tempahan perkhidmatan kami dan mencipta keseronokan berganda tanpa kos tambahan.

Seorang pengarang terkenal, Marge M. Kennedy pernah berkata,

“Kehidupan keluarga yang tidak formal adalah keadaan yang diberkati yang membolehkan kita semua menjadi yang terbaik sambil melihat yang paling buruk.”

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply