ARKIB

KATEGORI

Tular

Cuba kejar suspek pecah kereta, penyampai berita cedera diseret Myvi dipandu penjenayah

Tular

Views

Penyampai berita, Khairul Rizuan Azizan cedera akibat diseret ketika cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana, semalam.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian jam 3.40 petang itu, Khairul Rizuan, 34, mengalami luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan akibat diseret kereta Perodua Myvi dipandu suspek yang bertindak melarikan diri.

Katanya, ketika kejadian, dia meletakkan kereta Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke sebuah kedai serbaneka di lokasi terbabit. Sebaik tiba kedai itu, dia mendapati premis berkenaan tutup dan kembali semula ke kereta.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Ketika itu, dia melihat seorang lelaki memakai jaket sedang menendang tingkap bahagian penumpang hadapan keretanya. Tambahnya, lelaki itu juga dilihat mengambil beg miliknya yang ditinggalkan di dalam kereta.

Dia kemudian menjerit ke arah lelaki terbabit menyebabkannya membaling beg itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

Khairul cuba mengejar dan sempat menumbuk muka suspek yang ketika itu sudah berada di dalam kereta. Namun, suspek bertindak memecut kereta menyebabkannya terseret di jalan sebelum dapat melepaskan diri.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Kejadian itu turut tular di media sosial selepas pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian memuat naik rakaman kamera pemuka di akaun Instagram dan Tiktok miliknya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan mangsa cedera ringan dalam kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM500. Usaha mengesan suspek dalam kes itu sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662176 bagi membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply