ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Unit ujian Toyota Yaris Sedan (D92A) @ Vios dikesan di Thailand

Foto Intip

Views

Akhirnya, buat julung kali kita dapat melihat kelibat unit ujian model generasi baharu Toyota Yaris Sedan (namakod D92A) atau Vios yang mula turun ke jalan raya di Thailand.

Menurut portal permotoran Thailand headlightmag.com, model baharu sepenuhnya itu bakal dilancarkan di negara tersebut pada suku ketiga 2022.

Sepertimana yang kita telah diketahui sebelum ini, D92A dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

 

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Gaya reka bentuknya pula diinspirasikan dari model Daihatsu DN F-Sedan Concept yang membuat kemunculan semasa Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) pada 2017.

Jika diperhatikan pada foto-foto intip tersebut, memang jelas pengaruh gaya reka bentuk model Daihatsu DN F-Sedan Concept pada siluet badannya, meskipun ia masih sarat dengan pelitup penyamaran.

Paling ketara adalah gaya rekaan hadapan yang nampak lebih garang dan profil bumbung yang melengkung seakan gaya coupe. Lampu belakangnya pula menggunakan mentol jenis LED dan ia masih lagi menggunakan antena ‘sirip jerung’.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Desas-desus turut mengatakan, nama Vios juga berkemungkinan bakal digugurkan dan akan digantikan dengan nama Yaris. Model ini juga dikhabarkan bakal menerima pilihan varian hibrid.

Model baharu Yaris sedan/Vios akan dijana oleh enjin 1.2 liter aspirasi alami (NA), dan bukannya enjin turbocas seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Menurut ejen perisik Mat BondToyota Malaysia dijangka memperkenalkan Vios generasi baharu seawal bulan Mac 2023. Selain Yaris sedan/Vios, model trak pikap Hilux facelift juga bakal diperkenalkan dalam tahun yang sama.

KLIK UNTUK BESARKAN

Daihatsu DN F-Sedan

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply