ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuba lari lepas langgar motosikal, pemandu lori cedera dibelasah orang awam

Tular

Views

Pemandu lori cedera dipercayai dipukul orang awam ketika cuba melarikan diri selepas terbabit kemalangan di Jalan Perak Kanan, Kampung Bukit Changgang, petang semalam. Menurut Harian Metro, lelaki berusia 53 tahun itu mengalami kecederaan di kepala, leher, muka, belakang badan serta tangan dan kaki.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, lelaki berkenaan dipukul selepas melanggar sebuah motosikal dan cuba melarikan diri. Jelas beliau, dalam kejadian jam 5.50 petang itu, lelaki berkenaan dipercayai cuba melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal berusia 21 tahun yang sedang bergerak dari arah Jalan Banting-Dengkil menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tambah beliau, apabila sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal itu dilanggar pemandu lori yang hendak membelok ke simpang di sebelah kiri jalan. Selepas perlanggaran itu, pemandu lori dikepung orang kampung menyebabkan dia mengundurkan lori seterusnya melanggar sebuah lagi motosikal serta sebuah kereta.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Suspek mengalami kecederaan di kepala, leher, muka, belakang badan serta di tangan dan kaki dipercayai dipukul orang awam. Beliau berkata, lelaki itu dibawa ke Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan.
Katanya, penunggang motosikal yang patah tangan dan cedera di kaki sudah mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Banting.

Dua lagi mangsa iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tambahnya lagi, saksi bebas sudah dikesan untuk membantu siasatan dan lokasi kemalangan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV). Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987 (perlanggaran pertama) dan Seksyen 42(1) APJ 1987 (perlanggaran kedua).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply