ARKIB

KATEGORI

Buletin

Prototaip ‘klon Humvee’ buatan DEFTECH ini guna casis Mitsubishi Triton, betul ke?

Tular

Views

Sebenarnya negara kita ada beberapa pemain industri yang sememangnya mempunyai kepakaran dalam mereka bentuk dan mengeluarkan kenderaan untuk ketenteraan. Sebelum ini kami pernak menyiarkan kisah mengenai Kenderaan Berperisai Bermobiliti Tinggi (HMAV) keluaran MILDEF International Technologies dan prototaip kenderaan pacuan empat roda seakan kacukan Humvee dan Land Rover dari Cendana Auto Sdn Bhd, namun ia terpaksa diturunkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

Kali ini, seorang warganet bernama Edward Lim yang memuat naik beberapa foto ‘klon Humvee’ buatan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (DEFTECH) yang dikatakan dibina dari casis model trak pikap Mitsubishi Triton L200. Model ini masih lagi pada peringkat prototaip dan sedang diuji di fasiliti DEFTECH di Shah Alam.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Ada dua unit prototaip yang telah siap dengan bentuk badan berbeza. Salah satunya, yang berwarna biru berkemungkinan untuk dijadikan Kenderaan Operasi Khas (SOV), manakala satu lagi berwarna jingga yang berbentuk seakan campervan itu, adalah versi ambulans medan untuk anggota tentera dan juga sesuai untuk kegunaan pasukan penyelamat seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Setakat ini kami masih belum ada informasi yang lebih terperinci mengenai model kedua-dua prototaip tersebut. Apa yang pasti prototaip bukanlah untuk dijual kepada orang awam kerana ia dibina khusus untuk tugas-tugas khas. Kami akan berusaha mendapatkan maklumat tambahan mengenai model ini dalam masa terdekat.

Gempak juga ‘klon Humvee’ buatan DEFTECH ini kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mohd Khairul Kamalludin dan Edward Lim

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply