ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuba rentas negeri ke Pahang tanpa surat kebenaran – 49 kenderaan kena patah balik

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 49 kenderaan diarah berpatah balik selepas cuba masuk ke Pahang tanpa memiliki surat kebenaran merentas negeri, semalam. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, arahan berpatah balik itu untuk memastikan menyekat penularan wabak COVID-19 di Pahang.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Beliau berkata, kebenaran merentas negeri hanya diberikan selepas pemilik kenderaan menunjukkan surat kebenaran dan mematuhi syarat ditetapkan. Ujar beliau, pihaknya bertegas untuk tidak membenarkan individu dari zon merah memasuki Pahang kerana negeri ini masih berada di zon hijau.

Sebab itu pihaknya mengarahkan 49 kenderaan berpatah balik dalam usaha menyekat penularan wabak tersebut. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kursus Induksi Motosikal Ringan (AMANITA) Kontinjen Pahang Siri 1/2020 di Kompleks Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alor Akar, di Kuantan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Abd Jalil berkata, bagi menyekat penularan wabak COVID-19 di negeri itu, polis Pahang mempertingkatkan sekatan bukan sahaja di sempadan negeri, malah lorong tikus dengan melakukan pemantauan sepanjang 24 jam. Katanya, dengan mempertingkatkan sekatan itu, pihaknya percaya kes penularan wabak ini dapat disekat terutama mereka yang datang dari zon merah.

Tambah beliau, antara tumpuan ialah di sempadan Pahang iaitu Rompin-Mersing, Johor; Kuantan-Kemaman, Terengganu; Bera-Jempol, Negeri Sembilan; Cameron Highlands-Tapah, Perak serta Bentong-Gombak dari Lembah Klang. Ujar beliau lagi, pihaknya mendapat kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Pahang

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply