ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemalsuan cop warga asing – Duit guna beli kereta dan motosikal mewah secara tunai

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan, tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes pemalsuan cop kemasukan warga asing.

Menurut sumber, penahanan mereka ini menjadikan jumlah terkini ditahan adalah 63 orang terdiri 38 pegawai Imigresen, ejen (16) dan orang awam (9). Katanya, daripada jumlah itu 47 orang kena tuduh (OKT) masih dalam tahanan reman terdiri 34 pegawai JIM, 12 ejen dan seorang orang awam.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Tambahnya lagi, anggota JIM yang ditahan semalam terdiri seorang lelaki dan dua wanita berusia 24 hingga 38 tahun ditahan selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM. Sumber berkata, mereka bertugas di kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan dipercayai menjalankan aktiviti terbabit.

Selain itu, SPRM turut merampas dua buah Volkswagen Golf, sebuah Toyota Wish, Yamaha NVX, Ducati Panigale dan basikal Tarmac Specialized. Kesemua kenderaan terbabit dibeli secara tunai oleh anggota JIM terbabit di mana basikal itu sahaja dibeli RM45,000 selepas ubah suai manakala motosikal Ducati Panigale pula dibeli dengan harga RM170,000.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Kata sumber, permohonan reman dibuat hari ini di Mahkamah Putrajaya bagi siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Harian Metro sebelum ini melaporkan SPRM merampas 32 kereta mewah bernilai lebih RM2 juta susulan penahanan 54 individu dalam siasatan kes pemalsuan urusan cap kemasukan warga asing di pintu masuk antarabangsa negara.

SPRM sebelum ini mendedahkan lebih 30,000 warga asing dipercayai bolos manakala RM14.5 juta wang sogokan diagihkan dalam kalangan kakitangan JIM sepanjang tempoh empat tahun lalu. Angka itu diperoleh hasil penahanan 27 anggota dan pegawai JIM yang mendedahkan aktiviti rasuah menerusi proses penyediaan kaunter khas sejak 2017.

Secara purata, setiap tahun dalam tempoh empat tahun lalu, sebanyak RM3.6 juta diagih-agihkan sesama anggota dan pegawai JIM yang terbabit dengan sindiket ini. Kemewahan kakitangan JIM yang terbabit dengan sindiket juga amat ketara berikutan mereka menggunakan wang rasuah diterima untuk membeli rumah, kereta mewah, beg tangan berjenama, barangan kemas dan tanah.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Harian Metro

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply