ARKIB

KATEGORI

Tular

Inilah satu-satunya pemilik Ducati Superleggera V4 2020 di Malaysia – Harga RM1 juta beb!

Tular

Views

Laman Instagram sbkmalaysia_ beberapa hari lalu telah memuatnaik satu foto dan siaran langsung penyerahan sebuah superbike Ducati Superleggera V4 2020 kepada satu-satunya pemilik jentera dua roda tersebut di Malaysia.

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2

Butiran terperinci mengenai pembelian tersebut tidak didedahkan, namun menerusi kapsyen yang ditulis oleh sbkmalaysia_ semasa sesi ‘nyahkotak’ (unboxing) secara langsung menyatakan harga motosikal tersebut mencecah harga RM1 juta.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Pemilik Superleggera V4 itu adalah Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin dan acara penyerahan motosikal tersebut telah dilangsungkan di Ducati Malaysia, Petaling Jaya. Menurut info dari rakan media di MotoMalaya.net, Superleggera V4 itu merupakan unit ke 210 dari 500 unit yang dihasilkan seluruh dunia.

Apa yang menarik, dengan setiap pembelian Ducati Superleggera V4 itu turut membolehkan pemiliknya ‘melenjan’ jentera lumba Ducati Panigale V4 R (spesifikasi WorldSBK) dalam sesi ‘SBK Experience’ di Litar Mugello, Itali.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit sbkmalaysia_

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply