ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuti cukai berakhir, jualan kenderaan bulan April susut – MAA

Berita Tempatan

Views

Jualan kenderaan di Malaysia bagi bulan April 2023 menyusut kepada 46,583 unit berbanding 57,606 unit pada bulan sama tahun lalu, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

MAA berkata, jualan kenderaan penumpang adalah sebanyak 41,389 unit pada April 2023 daripada 51,146 unit pada April 2022, manakala jualan kenderaan komersial turut menguncup kepada 5,194 unit daripada 6,460 unit.

Bagaimanapun bagi empat bulan pertama tahun ini, jualan adalah tinggi kepada 239,183 unit berbanding 217,452 unit bagi tempoh sama tahun lalu.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Jumlah jualan kenderaan penumpang naik kepada 213,344 unit berbanding 191,738 unit pada tempoh sama 2022 dan kenderaan komersial sebanyak 25,839 unit berbanding 25,714 unit tempoh sama 2022.

Jumlah jualan empat bulan pertama 2023 adalah 10 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun 2022. Jumlah keseluruhan industri (TIV) bulan dikaji adalah 41 peratus lebih rendah daripada Mac 2023 iaitu pada 78,800 unit.

Berakhirnya skim pengecualian Cukai Jualan PENJANA dan bulan bekerja lebih pendek susulan cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri menyumbang kepada penurunan jualan April.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Tambah MAA, jualan pada Mei 2023 dijangka lebih tinggi berbanding April 2023. Isu rantaian bekalan yang semakin baik dan bulan bekerja yang lebih panjang akan menyumbang kepada peningkatan jualan pada bulan ini.

Dari segi jumlah pengeluaran, MAA berkata, sebanyak 41,160 kenderaan dikeluarkan pada April 2023 berbanding dengan 54,734 unit pada bulan sama tahun lalu.

Pengeluaran kenderaan penumpang, katanya, menurun kepada 38,575 unit pada bulan dikaji berbanding 50,724 unit pada April tahun lalu manakala pengeluaran kenderaan komersial pada 2,585 unit daripada 4,010 unit sebelumnya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply