ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta terbabas rempuh gerai nasi lemak, tiga kritikal

Berita Tempatan

Views

Tiga mangsa dilaporkan kritikal manakala enam lagi cedera selepas sebuah kereta terbabas sebelum merempuh sebuah gerai nasi lemak di Jalan Hospital, Taman Suria, Jitra, Kubang Pasu pada Jumaat.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian berlaku pada jam 8.25 pagi melibatkan tiga kereta serta enam motosikal yang berada berhampiran gerai terbabit.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 20 tahun terbabas dan melanggar sebuah kereta lain yang berada di tepi jalan sebelum merempuh orang ramai yang sedang beratur di hadapan gerai nasi lemak berkenaan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Kemalangan terbabit menyebabkan sembilan individu cedera manakala tiga daripadanya dilaporkan kritikal termasuk pasangan suami isteri yang menjual nasi lemak di gerai itu.

Menurutnya, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan lanjut. Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan telah mengambil keterangan dari beberapa saksi yang berada di lokasi kejadian. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Khairen Anuar

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply