ARKIB

KATEGORI

Buletin

Sistem JPJeBid tak stabil, bidaan nombor pendaftaran ‘FF’ dilanjutkan

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan masa bidaan siri nombor pendaftaran FF menerusi sistem JPJeBid yang sepatutnya tamat malam tadi, sehingga 10 malam ini (19 Mei 2023).

Berita Harian melaporkan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata langkah itu diambil selepas mengambil maklum aduan orang ramai tentang sistem JPJeBid yang tidak stabil apabila tempoh untuk pembidaan bagi nombor plat FF akan berakhir disebabkan trafik yang tinggi.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

“Untuk berlaku adil, JPJ telah melanjutkan masa pembidaan untuk 24 jam,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Loke pada masa sama berkata beliau akan berusaha untuk memantapkan sistem digital di bawah JPJ dan agensi lain di bawah kementerian, malah telah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Penasihat Digital (JPD) kementerian yang memberi nasihat penambahbaikan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Baru-baru ini, portal MalaysiaNow melaporkan, pembida-pembida nombor pendaftaran kenderaan berang di media sosial selepas mendapati sistem pembidaan dalam talian (JPJeBid) bertindak menyekat proses membida nombor tanpa diberikan alasan dan penjelasan kukuh oleh pihak bertanggungjawab.

Menurut salah seorang peniaga nombor pendaftaran kenderaan, Wallace Choy dari syarikat Auto Plate Division, sekatan terhadap nombor-nombor itu dipercayai berpunca oleh pengaruh golongan “VIP” selain ketidaktelusan sistem yang digunakan untuk membida.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply