PT Astra Daihatsu Motor (ADM) hari ini melancarkan Terios facelift 2023 secara rasmi di Indonesia. Kembar kepada Perodua Aruz dan Toyota Rush ini tampil dengan beberapa perubahan kosmetik luaran dan juga ciri-ciri yang terkini.
Paling ketara adalah perubahan pada jeriji serta bahagian bampar di depan dan juga belakang yang kini lebih sporty. Tiga pilihan varian ditawarkan, bermula dari varian X, R, dan R Custom.
Daihatsu menawarkan enam pilihan warna, iaitu Bronze Metallic, Icy White, Midnight Black Metallic, Scarlet Red Metallic dan dua warna baharu iaitu Silver Metallic dan Greenish Gun Metallic.
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
Terios facelift 2023 masih mengekalkan enjin 1.5 liter Dual VVT-i 2NR-VE yang menjana 104 PS dan 136 Nm daya kilas. Kuasa disalurkan menerusi pilihan transmisi lima-kelajuan manual dan empat-kelajuan automatik ke gandar belakang (RWD).
SUV tujuh-tempat duduk ini ditawarkan dengan pilihan rim aloi bersaiz 16 atau 17-inci rekaan baharu mengikut varian.
Ruang kabinnya kini dilengkapi dengan ciri-ciri baharu seperti pengecas nirwayar pada kotak konsol, paparan inforia bersaiz 7-inci dengan ketersambungan Android Auto dan Apple Car Play. Namun, ia ditawarkan pada varian R dan ke atas sahaja.
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
Dari segi keselamatan pula, ia dilengkapi dengan enam beg udara (varian R Custom sahaja), monitor pandangan keliling 360°, kawalan kestabilan kenderaan (VSC), bantuan mendaki (HSA), sistem brek anti-kunci (ABS) dan agihan brek elektronik (EBD).
Harga jualan bermula dari Rp 236,050,000 (RM73,146) untuk varian X dengan transmisi manual hingga Rp 303,250,000 (RM93,970) untuk varian mercu, R Custom transmisi automatik. Selain itu, pakej ADS turut ditawarkan untuk varian X dan R dengan harga sekitar Rp 10,000,000 (RM3,100).
Adakah ini memberi petanda Perodua Aruz facelift bakal menyusul tidak lama lagi? Setakat masih belum ada info terbaharu mengenainya, namun ada desas-desus mengatakan pengenalan versi faceliftnya terpaksa ditangguhkan buat seketika.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Kompas Otomotif
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
KOMEN TERKINI