ARKIB

KATEGORI

Buletin

Itu bukan rekahan, Jambatan Bagan Datuk-Sejagop selamat untuk digunakan

Berita Tempatan

Views

Jambatan Bagan Datuk-Sejagop yang baru dibuka kepada umum 31 Mei lalu didakwa mengalami kerosakan menerusi satu video tular di media sosial malam tadi.

Perakam video itu mendakwa, rekahan di struktur jambatan menyebabkan Sungai Perak yang berada di bawahnya dapat dilihat oleh mereka.

Tinjauan ke lokasi kejadian pagi ini mendapati ada garisan melintangi kedua-dua arah jalan di bahagian menurun jambatan di sebelah Bagan Datuk sepanjang kira-kira 15 meter.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Beberapa pekerja kontraktor juga kelihatan melakukan pemeriksaan dan kerja-kerja pembaikan awalan. Jambatan itu bagaimanapun masih selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan memandangkan tiada penutupan dilakukan setakat ini.

Berdasarkan sumber Jabatan Kerja Raya (JKR), rekahan yang didakwa perakam itu adalah bukaan bagi membolehkan konkrit di struktur jambatan mengembang dan menguncup.

Katanya, apa yang ditunjukkan oleh perakam video bukanlah rekahan kerana sifatnya tidak selari dengan ciri-ciri rekah.

“Ada getah yang belum siap dipasang di kawasan bukaan itu. Ia perkara biasa dalam bidang kejuruteraan. Jambatan Bagan Datuk-Sejagop sudah dibina berpandukan piawaian ISO, maka tidak mungkin hal keselamatan diambil ringan,” katanya.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin memberi jaminan jambatan berkenaan selamat digunakan semua jenis kenderaan.

“Ia tidak melibatkan rekahan pada struktur, cuma sambungan permukaan jalan berturap yang biasa diisi dengan pengedap getah (rubber sealant).

“Tidak membahayakan dan boleh terus diguna untuk trafik, tiada apa yang mencemaskan, pihak JKR akan menangani masalah tampalan di sambungan turapan (pavement joint) itu,” katanya.

Jambatan itu yang menghubungkan Bagan Datuk dan Perak Tengah itu bakal menjadi tumpuan pengguna kerana memendekkan jarak perjalanan yang sebelum ini 50 kilometer (km) kepada 1.5 km sahaja. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply