Akhirnya muncul jua model induk kepada Toyota Raize, Daihatsu Rocky yang turut dilancarkan serentak pada hari yang sama, iaitu pada 5 November lalu di Jepun. Kedua-duanya adalah sama dari segi teknikal, berkongsi pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan enjin petrol 1.0-liter turbo yang digandingkan dengan transmisi D-CVT.
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
Rupa mereka juga hampir sama, yang berbeza hanyalah bampar depan serta belakang dan juga jeriji utama, selain memakai lencana masing-masing. Pada kami, Toyota Raize nampak lebih menarik jika dibandingkan dengan Daihatsu Rocky yang nampak biasa-biasa sahaja dari pandangan depan.
Boleh dikatakan kesemuanya hampir sama, termasuk dimensi dan juga pilihan sistem pacuan empat-roda yang dipanggil Kawalan Tork Dinamik 4WD selain sistem keselamatan Smart Assist terkini. Seperti Toyota yang menawarkan beberapa versi, Daihatsu pula menawarkan beberapa pilihan aksesori tulen untuk Rocky.
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
Ada tiga pilihan aksesori – Powerful Style, Sporty Style dan Elegance Style. Ketiga-tiganya menawarkan aksesori yang mengikut tema tersendiri dan selain itu pelanggan juga boleh mendapatkan aksesori berasingan seperti konsol tengah dan plet penginjak bercahaya, pengecas telefon pintar nirwayar, alas kargo dan banyak lagi.
Harga Rocky di Jepun bermula dari 1,705,000 yen (RM 64,480) untuk model asas, sekaligus menjadikannya lebih mahal berbanding kembarnya Raize. Kami menjangkakan versi Perodua (D55L) nanti akan berada dalam julat harga RM58K-RM68K mengikut varian.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
KOMEN TERKINI