ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu bas disyaki positif dadah dan tiada lesen memandu

Berita Tempatan

Views

Pagi tadi kami kongsikan artikel mengenai kes kemalangan maut yang berlaku di persimpangan empat lampu isyarat Setia Triangle Bayan Lepas, Pulau Pinang petang semalam. Menurut Harian Metro pemandu bas berkenaan kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret, Ahmad Tajuddin terhadap lelaki berusia 49 tahun terbabit di Mahkamah Majistret, di Balik Pulau, hari ini. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A Anbalagan berkata, hasil ujian saringan awal juga mendapati pemandu itu positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Dalam kejadian 6.30 petang, semalam seorang pelajar lelaki maut selepas dirempuh bas di Jalan Dato Ismail Hasyim di Bayan Lepas. Mangsa, Muhammad Saifullah Muhammad Hafeiz, 16, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ara yang juga bekerja secara sambilan sebagai penghantar makanan di sebuah restoran makanan segera itu dalam perjalanan menghantar pesanan kepada pelanggan. Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Mustaghfirin, Sungai Tiram, Bayan Lepas, 11 pagi tadi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply