ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Jualan Toyota Raize kini mula dijual di Jepun – Kembar Daihatsu Rocky dan bakal SUV kompak Perodua (D55L)

Berita Global

Views

Hari ini secara rasminya Toyota Motor Corporation (Toyota) mengumumkan jualan model SUV kecil terbaharu mereka, Raize telah bermula di semua rangkaian pengedarnya di Jepun. Raize merupakan kereta kompak yang pertama dihasilkan oleh Daihatsu Motor Co., Ltd. (Daihatsu) yang dibangunkan dari pelantar generasi baharu Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Toyota mensasarkan jualan Raize sebanyak 4,100 unit sebulan dan ia akan dikeluarkan di kilang pengeluaran Shiga (Ryuo), milik Daihatsu Motor Co., Ltd. Dari segi dimensi Raize berukuran 3,995mm panjang, 1,695mm lebar, 1,620mm tinggi dan jarak antara gandarnya pula adalah 2,525mm. Sungguhpun bertubuh kecil, Raize dilengkapi dengan tayar besar berukuran 17-inci dan mempunyai ruang bagasi yang cukup besar dengan kapasiti 369 liter.

SUV cilik ini dijana oleh enjin 1.0-liter 1KR-VET turbo yang digandingkan dengan transmisi D-CVT yang menggabungkan pecahan nisbah gear yang pertama kali digunakan dalam kenderaan Toyota untuk kepuasan memandu dan kecekapan bahan api yang luar biasa. Enjin ini memberikan daya kilas setanding enjin 1.5-liter pada pelbagai kelajuan enjin, bermula dari kelajuan rendah dan seterusnya sekaligus menghasilkan pecutan yang berkuasa.

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?

Dari segi kecekapan bahan api, model 2WD mencatatkan 18.6 kilometer bagi setiap liter dalam ujian kitaran WLTC, manakala model 4WD pula mencatatkan 17.4 kilometer bagi setiap liter. Model 4WD juga dilengkapi dengan Kawalan Tork Dinamik 4WD yang berfungsi untuk mengagihkan daya kilas secara optimum kepada roda belakang mengikut keadaan kenderaan.

Fakta ringkas menarik Toyota Raize:

  • Rekaan yang moden dengan menampilkan lampu depan jenis LED dan lampu signal berturutan yang menyala dari dalam ke luar.
  • Lapan pilihan warna ditawarkan, termasuk warna baharu Turquoise Blue Mica Metallic.
  • Kombinasi warna dwi-tona turut ditawarkan termasuklah Turquoise Blue Mica Metallic dengan bumbung Black Mica Metallic.
  • Dilengkapi dengan ciri keselamatan Smart Assist yang terkini, merangkumi Fungsi Brek Elak Kemalangan yang mampu mengesan kenderaan dan pejalan kaki serta Erroneous Start Prevention Function dengan kawalan brek (depan dan belakang).
  • Turut ditawarkan dengan program langganan perkhidmatan ketersambungan kereta KINTO ONE.
  • Meter digital LED dengan skrin berwarna TFT LCD bersaiz tujuh inci yang memaparkan empat gaya paparan: Advanced, Exciting, Simple, dan Analog.
  • Kerangka Raize diperkukuhkan dengan penggunaan kepingan keluli tegangan tinggi ringan pada beberapa titik tertentu untuk menghasilkan badan yang lebih tegar, dan menyumbang kepada kestabilan kenderaan meskipun ia agak tinggi.
  • Sistem infohiburan dengan paparan skrin bersaiz 9-inci di tengah papan pemuka yang serasi dengan sistem operasi SmartDeviceLink dan Apple CarPlay.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

Jualan Toyota Raize bermula di Jepun hari ini, dengan harga jualan bermula dari 1,679,000 yen (RM64,000)  untuk model X hingga 2,282,200 yen (RM87,000) untuk model X .

Berikut adalah varian model dan harga jualan Toyota Raize di Jepun:

Enjin Transmisi Pacuan Harga*
(Yen  Jepun)
X 1.0 liter turbo (1KR-VET) CVT (D-CVT)
[Continuously variable transmission]
Front-wheel drive 1,679,000
Four-wheel-drive 1,918,800
“S” Front-wheel drive 1,745,000
Four-wheel-drive 1,984,800
G Front-wheel drive 1,895,000
Four-wheel-drive 2,133,700
Z Front-wheel drive 2,060,000
Four-wheel-drive 2,282,200

Nampaknya kita sudah boleh membayangkan apa yang akan ada pada versi Perodua (D55L) nanti setelah melihat reka bentuk serta ciri-ciri yang ada pada Toyota Raize. Dengar cerita Perodua D55L nanti akan mendapat penjana tenaga yang sama namun, ada kemungkinan transmisi CVT tidak akan ditawarkan bagi menjadikannya lebih mampu milik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply