ARKIB

KATEGORI

Info

Delfino IQ 140 – Kereta sport pertama Malaysia yang ‘terus lenyap dari radar’

Info

Views

Tahukah anda, ada sebuah model kereta sport dikatakan yang pertama dihasilkan oleh rakyat Malaysia pernah dipertontonkan semasa Pameran Motor Antarabangsa Langkawi (Limos ’96)?

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Namun, model ini menerima nasib yang sama seperti sebuah lagi model kereta sport jenama tempatan, iaitu Esna Venere yang ‘turut lenyap dari radar’ automotif negara. Menurut arkib berita dari Bernama, model tersebut adalah Delfino IQ 140 yang dimiliki dan dibiayai oleh Arni (M) Sdn Bhd.

Model tersebut telah diperkenalkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dikatakan model itu menggunakan enjin dari Itali. Kereta yang mempunyai reka bentuk mirip Mazda Miata itu mempunyai berat hanya 750 kg, dengan kelajuan maksima yang mampu mencecah 200 km sejam.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Kereta sport ini mampu memecut dari 0-60 batu sejam dalam masa 6.5 saat. Delfino atau ikan lumba-lumba dalam bahasa Itali direka berkonsepkan sebuah ‘roadster‘ dengan bumbung yang terbuka. Tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai model ini memandangkan sumber yang agak terhad.

Selain Delfino, Tun Dr Mahathir Mohamad turut memperkenalkan model kereta Mercedez Benz SLK selain Rover 200 dan motosikal Moto Guzzi sebelum melancarkan kenderaan pacuan empat roda, Hummer dan kereta Porsche Boxster semasa pameran tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Midnite Oil

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply