ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jurutera mabuk pandu Toyota Estima rempuh SJR ditahan

Berita Tempatan

Views

Seorang jurutera ditahan selepas melanggar sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Simpang Ampat di Batu Kawan, pada malam Khamis.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, lelaki berusia 41 tahun yang berasal dari Bayan Lepas itu kini direman untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.10 malam itu, lelaki yang memandu kereta jenis Toyota Estima dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol.

Ketika kejadian, terdapat enam anggota polis dan seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) sedang bertugas di SJR berkenaan. Turut berada di sekitar SJR itu ialah dua anggota MPV.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Sebelum kejadian, anggota Rela bertugas ternampak sebuah Toyota Estima berada di lorong kanan namun telah membelok ke lorong kiri secara tiba-tiba.

Anggota Rela tersebut menjerit beberapa kali lalu semua anggota polis yang berada di situ terus mengelak ke bahu jalan. Bagaimanapun, tiada anggota yang cedera dalam kejadian itu.

Beliau berkata, kenderaan yang dipandu lelaki tersebut telah merempuh beberapa peralatan SJR seperti kon, lampu VC, papan tanda pemeriksaan polis dan payung.

Lelaki itu cuba melarikan diri menghala ke Jalan Simpang Ampat sebelum dikejar anggota polis bertugas. Bagaimanapun dia berjaya ditahan pada jarak 200 meter dari SJR lalu pemeriksaan ke atasnya dilakukan.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Ketika ditahan, anggota polis mengesan bau alkohol yang kuat pada lelaki berkenaan. Lelaki itu kemudian dibawa ke Balai Polis Simpang Ampat untuk tindakan dan kenderaannya turut dirampas.

Chong Chern berkata, siasatan mendapati lelaki itu dalam perjalanan dari tempat kerjanya di kawasan Bukit Mertajam ke rumahnya di Taman Perdana, Simpang Ampat.

Lelaki itu mengaku telah mengambil minuman keras bersama pelanggan di tempat kerjanya antara jam 7 petang dan 8 malam lalu terus memandu pulang ke rumahnya.

Siasatan mendapati suspek melanggar peralatan SJR dan mengheretnya hampir 200 meter ke arah Simpang Ampat. Suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak itu bagaimanapun tiada rekod jenayah lampau.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply