ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dihambat polis sampai kereta habis minyak

Berita Tempatan

Views

Harian Metro melaporkan polis terpaksa mengejar sebuah kereta jenis Perodua Kancil sejauh 15 kilometer (km) selepas pemandunya enggan memberhentikan kenderaan di Alor Gajah, Melaka dalam kejadian kelmarin. Kereta berkenaan dinaiki pasangan kekasih berusia 24 dan 18 tahun dan dikatakan melarikan diri selepas melanggar lampu merah di persimpangan Rumbia kira-kira 7 malam kelmarin.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah Suprintendan Arshad Abu, selepas menyedari dikejar kereta peronda polis, suspek lelaki itu dikatakan memandu secara berbahaya sejauh 15 km sebelum kenderaannya kehabisan minyak di Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal.

Kata Arshad, suspek bersama teman wanitanya itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut. Menurutnya, siasatan awal mendapati tujuan pasangan itu bertemu adalah untuk melepak bersama sekali gus didapati ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Katanya, semakan rekod lampau mendapati pemandu berkenaan pernah ditahan atas kesalahan berkaitan dadah, manakala wanita itu pula tiada sebarang rekod lampau. Tambah beliau, kedua-dua mereka kini direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.

Kes diklasifikasikan mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply