ARKIB

KATEGORI

Buletin

Drebar Harrier ‘samseng jalanan’ direman 4 hari

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki berusia 45 tahun yang memukul pemandu Perodua Kancil dalam video tular ditahan ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, semalam. Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek yang berasal dari Pasir Mas, ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 17 April.

Katanya, suspek menyerah diri selepas menyedari video berdurasi 20 saat mengenai tindakannya memukul mangsa tular di laman sosial selain turut mendapat liputan media. Tambah beliau, suspek mengakui bertindak sedemikian selepas terkejut dengan tindakan pemandu kereta Perodua Kancil yang memotongnya secara tiba-tiba.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Bagaimanapun, suspek tetap bersalah, malah tindakan itu dianggap sebagai samseng jalanan kerana secara melulu menghimpit kenderaan mangsa sehingga terbabas selain turut memukul menggunakan besi. Jelas Mohamad Roy, pihak polis turut menahan kenderaan Toyota Harrier serta merampas baju dipakai suspek ketika kejadian termasuk besi boleh laras dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

Mohamad Roy berkata, ketika kejadian suspek dan mangsa masing-masing memandu sendirian kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurutnya, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Pasir Puteh selepas melawat isteri yang baru melahirkan cahaya mata di rumah mentua di jajahan Pasir Mas.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Kata beliau, berdasarkan laporan diterima, tiada kesalahan lain yang dilakukan mangsa, kecuali memotong kenderaan suspek namun tindakan suspek sehingga menyebabkan mangsa terbabas selain memukul mangsa adalah keterlaluan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau yang mana-mana dua daripada hukuman ini. Selain itu, ia disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dipenjara selama enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki berusia bertindak di luar kawalan apabila dia melanggar dan menghimpit kereta Perodua Kancil sehingga terbabas ke dalam parit. Malahan, suspek turut memukul mangsa berusia 35 tahun dengan menggunakan besi boleh laras dalam kejadian di Jalan Kampung Atas Pinggir, Bunut Susu, pada 4.46 petang semalam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply