Sempena musim perayaan tidak lama lagi, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus bermula dari 18 Januari hingga 1 Februari 2020 menerusi pembayaran secara dalam talian sahaja.
Menurut Bernama, untuk tahun ini JSPT Bukit Aman akan lebih menekankan e-pembayaran bagi mana-mana pihak untuk melunaskan saman-saman tertunggak terutama sempena musim perayaan ini. Kata Azisman, pihaknya cuba memberi diskaun istimewa iaitu sebanyak 50 peratus.
Jelas beliau, ini merupakan kali pertama diskaun diberikan bagi pembayaran dalam talian yang tidak memerlukan anda semua berbaris sehingga berjam lamanya.
JOM BACA >> Lakaran awal Perodua Bezza 2020 – Berkonsepkan “Tangkas dan Canggih”
Katanya, pembayaran secara dalam talian boleh dibuat menerusi MyEg dan Rilex.com. Beliau bekata demikian pada sidang media khas sempena pencapaian 2019 dan perancangan 2020 PDRM di Bukit Aman di Kuala Lumpur, semalam.
Selain itu, Azisman berkata sejumlah 5,763 kes kemalangan maut telah dilaporkan pada tahun 2019 berbanding 5,870 kes pada 2018. Jumlah kemalangan maut berjaya turunkan sebanyak 107 kes atau 1.8 peratus dan ini merupakan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) JSPT.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata seramai 1,503 pegawai dan anggota PDRM dikenakan tindakan oleh JIPS atas pelbagai kesalahan tatatertib pada tahun lepas.
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 guna jeriji ‘Infinite Weave’ dikesan, adakah ini versi Proton yang sebenar?
Jelasnya, daripada jumlah itu, seramai 110 yang dikenakan tindakan tatatertib membabitkan pegawai kanan manakala 1,393 lagi adalah anggota biasa. Selain itu, sebanyak 2,232 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan tatatertib dengan 898 daripadanya sudah diselesaikan.
Zamri berkata sepanjang tahun lepas, pihaknya menerima sebanyak 3,773 aduan membabitkan aduan salah laku tatatertib dan kesalahan jenayah seperti peras ugut, penyalahgunaan dadah serta pelacuran melalui 16 saluran termasuk emel dan panggilan telefon.
Dalam perkembangan lain, Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata PDRM berjaya menjimatkan sebanyak RM1.5 juta hasil penutupan sebahagian balai polis komuniti di seluruh negara. Beliau berkata penutupan sebahagian balai polis komuniti adalah atas faktor kos sewaan yang tinggi dan keselamatan anggota.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Warta Daily
JOM BACA >> Tempahan Perodua Bezza 2020 kini dibuka – Harga bermula dari RM34,580
JOM BACA >> Gerombolan Perodua Bezza 2020 (facelift) hanya menanti detik pelancaran!
JOM BACA >> Foto penuh bahagian hadapan Perodua Bezza 2020 (facelift) – Nampak lebih moden!
JOM BACA >> Foto terkini Perodua Bezza 2020 (facelift) mula berlegar di media sosial, termasuk foto papan pemuka dan panel meter
JOM BACA >> INTIP : Wajah baharu Perodua Bezza facelift terdedah!
KOMEN TERKINI