ARKIB

KATEGORI

Buletin

DSA 2022: Mindef pamer Kawbra, prototaip kenderaan darat tanpa pemandu rekaan anak tempatan

Berita Tempatan

Views

Kawbra’, Kenderaan Darat Tanpa Pemandu (UGV) pertama buatan tempatan, dipertontonkan buat pertama kali kepada pemain industri pertahanan dunia sejak semalam.

Menurut Sinar Harian, kenderaan itu tidak menggunakan bahan bakar yang menjadikan pergerakan kenderaan itu senyap seperti seekor ular tedung, selain rupa bentuk bentuk hadapannya direka seakan ular berbisa berkenaan.

Ia dibangunkan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride) dengan kerjasama syarikat DreamEdge Sdn. Bhd. dan direka sebagai kenderaan taktikal untuk menyelinap ke kawasan berisiko.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Ketua Kejuruteraan Pembuatan Stride, Aizul Fazli Suhaimi berkata, UGV itu boleh diatur gerak ke kawasan yang berbahaya dimasuki manusia, seperti kawasan pencemaran sisa toksik dan berisiko kepada nyawa manusia dengan hanya menggunakan kawalan jarak jauh.

Kenderaan itu boleh diatur gerak bagi memasuki kawasan berkenaan untuk mengambil data dan boleh juga melakukan video masa nyata untuk mengetahui keadaan sebenar di lokasi terbabit, sekali gus tidak perlu membahayakan orang lain.

Selain Kawbra, Stride di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Asia 2022, turut mempamerkan Stesen Senjata Kawalan Jarak Jauh dan fabrik pintar yang dibangunkan institut berkenaan.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Mengulas lanjut, Aizul berkata, Kawbra dilengkapi tiga sensor iaitu, sensor halangan yang menggunakan teknologi inframerah untuk mengesan objek yang menghalang laluannya, sensor geomaknatik dan sensor GPS untuk ‘follow me mode‘, selain mempunyai empat kamera di bahagian hadapan, sisi kanan dan kiri serta belakang bagi tujuan pemantauan.

Tambahnya, kenderaan ini mampu membawa beban sehingga 200 kilogram dan boleh bergerak sejauh 40 kilometer bagi setiap cas penuh .Aizul memaklumkan UGV itu dikuasakan dengan bateri pengecasan elektrik.

Aizul mendedahkan, tahap kesediaan teknologi (TKT) untuk kenderaan UGV itu ketika ini berada pada tahap empat dan untuk tujuan komersil, TKT perlu berada sekurang-kurangnya pada tahap sembilan.

UGV Kawbra mula dibangunkan pada 2019 dengan kos tidak melebihi RM1 juta, namun proses persiapannya sedikit terganggu susulan negara dilanda dengan pandemik Covid-19.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Kementerian Pertahanan Malaysia

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply