ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ducati Panigale V4R ‘kuda baharu’ Polis Abu Dhabi

Berita Global

Views

Polis Abu Dhabi sememangnya dikenali dengan barisan kenderaan peronda yang hebat seperti Audi R8, Lamborghini Huracan, Nissan GTR, Bugatti Veyron dan tidak ketinggalan Lykan Hypersport. Kali ini mereka diperkuatkan lagi dengan kehadiran 8 unit motosikal berkuasa tinggi Ducati Panigale V4R.

JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji

Ducati V4R merupakan antara jentera dua roda paling berkuasa di dunia yang mampu menjana 221 kuasa kuda pada 15,250rpm dan 112.4Nm daya kilas pada 11,500rpm. Untuk versi Polis Abu Dhabi, jentera ini dilengkapi dengan sepasang ‘sayap kecil’, sama seperti yang digunapakai dalam Kejohanan Superbike Dunia (WorldSBK).

JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?

Di Malaysia, motosikal ini dijual pada harga RM299,000, namun pada Polis Abu Dhabi ia setakat ‘celah gigi’ sahaja memandangkan mereka mempunyai jentera yang bernilai jutaan ringgit! Yang pasti, dengan adanya skuad ‘kuda baharu’ ini, ia bakal menimbulkan rasa gentar pada si penjenayah yang ingin membuat angkara di negara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply