Setelah gergasi automotif Korea Selatan, Hyundai mengesahkan mereka bakal menghasilkan trak pikapnya sendiri di kilang pengeluaran di Alabama bermula pada 2021, akhirnya prototaip model tersebut mula memunculkan diri. Buat masa ini, prototaip yang menggunakan Tucson yang dipanjangkan jarak gandarnya telah dilihat semasa Hyundai Motor Group R&D Motor Show dengan namakod GX.
JOM BACA >> INTIP : Nissan Almera 2020 (N18) mula diuji
Namun menurut sumber, trak pikap ini menggunakan namakod yang sama dengan Tucson (NX4) dengan tambahan abjad OB, (NX4 OB). Dikatakan juga rekaan sebenar trak pikap ini telah dipertontonkan semasa Konvensyen Pengedar Hyundai Amerika Syarikat baru-baru ini.
Trak pikap ini bakal dijana oleh enjin 2.5 liter dengan pilihan hibrid, mempunyai empat pintu dan menggunakan casis monocoque. Ia disasarkan kepada generasi millennial, dalam erti kata lain Hyundai mendefinasikan mereka sebagai ‘pembeli generasi baharu’ menerusi kenyataan medianya.
Adakah trak pikap ini nanti bakal dipengaruhi oleh rekaan model Santa Cruz? Nantikan!
JOM BACA >> Proton X70 CKD bakal dilancar pertengahan bulan depan?
Menurut ketua Pusat Reka Bentuk Global Hyundai di Namyang, Korea Selatan, model produksinya nanti akan dikemaskini dan lebih mengujakan serta lebih banyak karektor berbanding dengan model konsepnya. Difahamkan, trak pikap ini telah diuji secara rahsia di Litar Ujian Hyundai yang terletak di California City, berhampiran dengan Los Angeles.
Selain itu Hyundai Motor dan pembekalnya kini dalam proses menaiktaraf barisan pengeluaran dan pembekalan di kilang Alabama, memandangkan syarikat itu telah memutuskan untuk mengeluarkan generasi baharu Tucson (namakod NX4) pada awal 2020, manakala pelancaran trak pikap ini pula dijangka pada hujung tahun yang sama.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit The Korean Car Blog
JOM BACA >> Illustrasi digital X50 – Tampil dengan sentuhan elemen rekaan terkini Proton
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
KOMEN TERKINI