ARKIB

KATEGORI

Buletin

E-skuter Beam bukan punca kebakaran di hadapan KLCC

Berita Tempatan

Views

Pengendali khidmat mikromobiliti yang terbesar di Asia Pasifik, Beam Mobility menerusi satu kenyataan ringkas berhubung dengan kebakaran di hadapan KLCC petang semalam berkata, pihaknya telah dimaklumkan bahawa beberapa e-skuternya rosak akibat insiden tersebut.

Pihak Beam juga berasa lega kerana tiada pejalan kaki yang tercedera dalam kejadian itu. Beam ingin memaklumkan bahawa, setelah siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, didapati e-skuter milik mereka bukanlah punca kebakaran.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Beam turut merakamkan rasa simpati kepada pemilik motosikal persendirian lain yang rosak akibat kebakaran itu.

Pihaknya turut memuji pihak berkuasa atas tindakan pantas mereka untuk mengawal kebakaran, menghalangnya daripada merebak dan mengurangkan impak kerosakan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Keselamatan adalah keutamaan yang paling utama untuk Beam dan oleh itu, pihaknya menggunakan perkakasan teknologi dan penggunaan bahan gred tertinggi (Aircraft Gred Aluminium) bagi memastikan ketahanan e-skuternya.

Selain itu, bateri yang dipasang pada setiap e-skuter Beam juga mengikut pensijilan keselamatan antarabangsa dalam memastikan standard keselamatan tertinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply