ARKIB

KATEGORI

Buletin

Brand’s dan PLUS jayakan kempen keselamatan jalan raya sempena musim perayaan

Berita Tempatan

Views

Jenama Sari Pati Ayam Brand’s telah menjalinkan kerjasama dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk menjayakan kempen keselamatan jalan raya bertemakan, ‘Kekal Bertenaga Dan Selamat Di Mana Jua Anda Berada’.

Menerusi kempen ini, Brand’s dan PLUS berharap dapat mendidik dan mendorong tabiat memandu yang selamat, di samping menasihati pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati sepanjang musim perayaan ini.

Pihak Brand’s juga membekalkan Sari Pati Ayam kepada petugas PLUSRonda agar mereka sentiasa kekal bertenaga sewaktu bekerja pada bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Menurut Pengurus Besar Kanan Operasi, PLUS Malaysia Berhad, Mohd Yusuf Abdul Aziz, pihaknya amat berbesar hati kerana bekerjasama dengan Brand’s dalam kempen kali ini.

Beliau turut mengingatkan semua pemandu agar sentiasa memastikan langkah keselamatan jalan raya diambil dan memandu dengan selamat supaya tidak membahayakan nyawa pengguna lebuh raya yang lain.

Selain itu, Brand’s turut mengedarkan 50,000 botol Sari Pati Ayam kepada pengguna lebuh raya PLUS di R&R terpilih, termasuk anggota PLUSRonda.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pengarah Pemasaran Suntory Food and Beverages Malaysia, Rodney Tan berkata, Sari Pati Ayam Brand’s mampu menambahkan tenaga dan daya tumpuan bagi membantu pemandu kekal fokus di jalan raya.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook PLUS Malaysia dan Brand’s untuk maklumat terkini Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan info trafik musim perayaan ini.

Pengguna lebuh raya boleh mengunjungi tapak pameran ‘Brand’s x PLUS Kekal Bertenaga Dan Selamat Di Mana Jua Anda Berada’ di lokasi terpilih di Lebuhraya PLUS. Mereka juga boleh mendapatkan kit bantuan perjalanan lewat malam dan awal pagi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply