ARKIB

KATEGORI

Buletin

e-Testing akan bermula di seluruh negara mulai April – JPJ

Berita Tempatan

Views

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau ‘e-Testing‘ di seluruh negara mulai April ini.

Berita Harian melaporkan, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, berkata sistem e-Testing ini bertujuan meningkatkan integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem pengujian lesen memandu yang diadakan secara elektronik.

Beliau berkata, menerusi sistem itu, pegawai penguji JPJ akan memantau dari bilik kawalan, manakala calon yang diuji berada bersendirian dalam kereta.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Katanya, selain dapat mengurangkan jumlah pegawai JPJ yang bertugas, keputusan ujian memandu juga akan dijana secara terus.

Katanya, segala arahan atau kesalahan yang dilakukan oleh calon terbabit akan dipantau serta ditegur melalui bilik kawalan khas yang disediakan di Institut Memandu (IM) terbabit.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi, Aedy Fadly Ramli dan Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa, Datuk Lokman Jamaan.

Zailani berkata, calon ujian memandu sistem e-Testing ini perlu melalui enam peringkat iaitu belajar dalam kelas, litar dan jalan raya.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Menurutnya, bagi sesi pembelajaran di dalam kelas dan jalan raya tiada perubahan, sebaliknya hanya sesi belajar di dalam litar sahaja ada sedikit perubahan iaitu pegawai dan calon tidak akan duduk sekali di dalam kereta.

Katanya, setakat ini ada 232 institut memandu di seluruh negara dan mereka boleh mendapatkan aplikadi e-Testing ini secara membeli menerusi pusat penyedia yang dilantik JPJ.

Pihaknya juga akan mengadakan pemeriksaan dari masa ke semasa sama ada modul yang digunakan institut memandu dalam e-Testing itu menepati enam elemen ditetapkan JPJ.

Tambah beliau lagi, sistem ini sudah dipraktikkan di Korea dan Jepun, sementara Malaysia akan ke arah itu bagi meningkat kemudahan kepada orang awam menggunakan perkhidmatan JPJ.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Johor

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply