ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penghantar makanan ‘tunggang lawan arus’ parah dirempuh SUV

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, seorang pekerja penghantar makanan parah selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di susur keluar Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, kelmarin.

JOM BACA >> RISIK : Proton X30 tiada dalam perancangan, tetapi apa tujuan model tersebut diuji?

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menerima laporan kejadian terbabit kira-kira jam 11.20 pagi.

Menurut beliau, dalam kejadian itu, penunggang motosikal Yamaha LC itu telah menunggang melawan arus menaiki susur keluar dari Maktab PDRM sebelum melanggar bahagian depan SUV berkenaan.

JOM BACA >> Lelaki ini ditangkap sebab ‘kantoi’ ambil gambar kereta sendiri semasa perintah berkurung

Tambahnya, pemandu SUV terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang motosikal itu pula parah selepas patah tulang peha kanan dan kini masih dirawat di Hospital Ampang.

Beliau berkata, ketika kejadian difahamkan pemandu SUV berkenaan dalam perjalanan ke tempat kerja di Selayang. Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Adakah Geely Vision S1 bakal jadi Proton X30?
JOM BACA >> Lagi foto risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris
JOM BACA >> Risalah Daihatsu Sirion Cross tertiris, kembar Myvi di Indonesia dapat versi crossover lebih awal?
JOM BACA >> Kalau Proton nak keluar Saga dua pintu, mungkin ini bentuk yang sesuai
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply