ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Geng Emas Putih’ curi tabung ekzos tumpas – 7 lelaki ditahan

Berita Tempatan

Views

Satu lagi ‘geng curi tabung ekzos kereta’ tumpas selepas penahanan tujuh lelaki yang dikenali sebagai ahli Geng Emas Putih yang aktif mencuri tabung ekzos kenderaan dalam beberapa serbuan di Melaka, baru-baru ini. Tabung ekzos menjadi buruan mereka kerana ia dikatakan mampu menghasilkan emas putih apabila dilebur.

Menurut Berita Harian, penjenayah berkenaan dikatakan menyasarkan kenderaan berkuasa tinggi kerana ekzosnya yang padu serta mempunyai banyak serbuk emas putih. Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shahrul Lalli Masduki berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 19 hingga 42 tahun itu dilakukan dalam serbuan berasingan di sekitar daerah Melaka Tengah sejak 18 hingga 25 November lalu.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Katanya, seorang pembeli bahan berkenaan turut ditahan dalam operasi itu. Jelas beliau, hasil risikan serta siasatan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri berjaya menemui 65 tabung ekzos yang dicuri. Tambahnya, berdasarkan laporan polis diterima, sebanyak 30 daripada jumlah itu dikesan dicuri sekitar negeri ini manakala selebihnya masih dalam siasatan.

Shahrul Lalli berkata, suspek akan menjual hasil curi itu sebelum dijual kepada orang ketiga untuk dileburkan bagi mendapatkan emas putih. Siasatan mendapati tabung ekzos yang dicuri akan diproses untuk menghasilkan emas putih dan proses ini dipercayai dilakukan di luar negara.

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Mengulas lanjut, beliau berkata, modus operandi kumpulan itu dengan menyasarkan kenderaan berkuasa tinggi yang diparkir di luar kawasan berpagar kediaman atau premis. Katanya, tabung ekzos yang dicuri itu dijual dengan harga mencecah ribuan ringgit mengikut jenis kenderaan.

Ujar beliau lagi, pihaknya juga sedang menyiasat dalang di sebalik kegiatan ini dan siasatan juga sedang dibuat sama ada sindiket ini mempunyai kaitan dengan kes yang sama berlaku di Gombak, Selangor atau sebaliknya. Suspek direman sehingga esok dan kes disiasat Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Melaka

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply