ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada keperluan untuk panggil balik Vios serba baharu – UMW Toyota Motor

Berita Tempatan

Views

UMW Toyota Motor menerusi satu kenyataan ringkas memaklumkan bahawa penjualan Toyota Vios serba baharu akan diteruskan kerana tiada masalah dengan standard keselamatan dan kualiti kenderaan tersebut.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K, pihaknya ingin memberi jaminan bahawa model Vios serba baharu mematuhi semua peraturan keselamatan dan tiada kompromi terhadap kualiti kenderaan.

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Daihatsu Co Ltd. pada 28 April 2023 yang mengatakan berlakunya ‘ketidakaturan prosedur‘ pada ujian empat model, dan salah satunya adalah Vios serba baharu.

Ujian berikutnya telah mengesahkan bahawa kenderaan itu memenuhi pensijilan UN-R95 dan tiada keperluan untuk Vios dipanggil balik agar penjualan kenderaan itu diteruskan tanpa sebarang gangguan.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Pihaknya ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami para pelanggan dan ingin memastikan semua orang tentang keselamatan dan kualiti kenderaan mereka.

Tambah beliau lagi, komitmen mereka terhadap keselamatan pelanggan akan sentiasa dan kekal sebagai keutamaan pihaknya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply