ARKIB

KATEGORI

Buletin

Eletre pecah tradisi Lotus – SUV elektrik pertama, 600 kuasa kuda

Berita Global

Views

Setelah puas ‘mengusik’ warganet dengan siri video dan iklan acah, Lotus secara rasmi ‘memecah tradisinya’ dengan melancarkan SUV pertama mereka, Eletre. SUV elektrik sepenuhnya ini memberi petunjuk kepada hala tuju masa depan pengeluar kereta sport ikonik British itu sejak diambil alih oleh Geely.

Secara teknikal, Eletre merupakan salah satu daripada tiga kenderaan elektrik (EV) gaya hidup Lotus yang bakal dilancarkan secara berperingkat pada tahun-tahun akan datang. Nama Eletre diambil sempena istilah Hungary yang membawa maksud “hidup semula” dan mewakili kelahiran semula Lotus.

SUV andalan ini pada mulanya dikenali dengan namakod Type 132 akan dijual pada harga sekitar $100,000 (RM420,990). Eletre akan mula memasuki pasaran di UK, China dan Eropah pada 2023, manakala di Amerika Syarikat ia akan tiba pada 2024.

Memandangkan pelantar EV yang menjadi asas model ini boleh diskalakan saiznya, ia membolehkan Lotus mengembangkannya kepada beberapa model lain seperti sedan dan SUV elektrik dengan tanda harga yang lebih rendah.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Pelantar ini merupakan seni bina baharu yang eksklusif untuk Lotus dengan keupayaan pengecasan pantas 800V yang menjanjikan masa mengecas penuh dalam masa 18 minit sahaja. Walaubagaimanapun, Lotus masih belum mendedahkan butiran terperinci mengenai tetapan pendorongan dwi-motor.

Namun mereka mendakwa bateri akan lebih besar daripada 100 kWj dan sepatutnya memberikan jarak pemanduan elektrik sekitar 600 km, serta keupayaan untuk menambah jarak 400 km dalam 20 minit apabila disambungkan ke pengecas 350 kW.

Dari segi dimensi SUV elektrik ini sebenarnya agak besar kerana ia lebih panjang berbanding seterunya Porsche Cayenne. Eletre mempunyai dimensi panjang 5,105 mm, jarak roda 3,019 mm dan 1,630 mm tinggi.

Dari segi reka bentuk, ia menampilkan gaya reka bentuk yang dipengaruhi oleh beberapa model terdahulu seperti  Emira dan Evija.

Eletre menggunakan beberapa peranti moden antaranya cermin sisi berasaskan-kamera, suspensi udara standard dan pilihan stereng gandar belakang, bar anti-oleng aktif dan pembezaan gelinciran terhad aktif.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Dari segi kuasa, Lotus berkata Eletre mampu menjana 592 kuasa kuda dan mampu mencecah halaju dari sifar ke 100 km/j kurang dari 3 saat dengan kelajuan maksima 257 km/j. Bukan itu sahaja, SUV ini akan turut ditawarkan dengan dua lagi pilihan output kuasa dan dikatakan yang tertinggi mampu menghamburkan 690 kuasa kuda!

Dari segi berat, ia sudah pasti tidak mungkin mampu menandingi Elise, namun disebabkan oleh falsafah Colin Chapman, ia dijangka lebih ringan dalam kelasnya dan mungkin berada di bawah 2,268 kg. Paling mencuri tumpuan sebenarnya adalah ruang kabin model SUV ini. Hanya tiga perkataan dapat menggambarkannya iaitu minimalis, moden dan mewah.

Ia menampilkan beberapa elemen moden seperti penggunaan panel meter digital sepenuhnya, paparan unit infohibur bersaiz ‘bagak’ di tengah, butang kawalan yang minima dengan kemasan warna emas pada beberapa bahagian, stereng bentuk ‘petak’, skrin pandang-belakang di tepi pintu untuk camera yang menggantikan cermin sisi, pilihan tekstil mampan dan kemasan karbon yang diperbuat dari gentian kitar semula.

Dari segi keselamatan, antara kelengkapan standard Eletre termasulah Kawalan Jelajah Adaptif Pintar (ACC), Sokongan Mitigasi Pelanggaran Hadapan (CMSF), Informasi Papan Tanda Trafik (TSI), Amaran Buka Pintu (DOW), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Amaran Lintasan Trafik Hadapan (FCTA), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Brek Parkir Kecemasan (PEB) serta panggilan bantuan kecemasan (E-Call).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply